Wednesday, March 24, 2010

berlari dan terus berlari


Teruskan berlari kerana destinasi kita masih jauh... Lari dan lari dan lari. walaupun penat tapi larian mesti diteruskan kerana di penghujung destinasi ada ganjaran yang menanti. walaupun ada ketika kita berlari kita terjatuh, jangan terus berputus asa. Kita perlu lekas bangun dan teruskan berlari. Dan larian selepas jatuh mesti lebih laju berbanding sebelumnya kerana kita perlu pastikan bahawa kita tidak terjatuh sekali lagi..kerana pada ketika kita jatuh, mungkin kita lalai dan jatuh telah menyedarkan kita untuk terus bersemangat berlari hingga ke hujungnya. Kesimpulannya, mari kita berlari..hehehe.. (actually sikit emo dan dpt ilham ketika berjoging ptg td n tetiba terjatuh..huhu..agak malu sebenarnya di situ)

kakak n adikku..bersabarlah..

Buat kakak and adikku..bersabarlah dengan dugaan-dugaan yang menimpa kita satu family.. Kadang-kadang kita rasa dugaannya sgt besar..rasa tak mampu kan kita nak lalui? tp sebenarnya bila dipkir dan direnungkan semula..ada lagi org yang mendapat dugaan yang lebih dasyat dari kita..so..bersabarlah.. Seingat2 kita..dari kecik lagi dah banyak dugaan yang kita berjaya hadapi kan? Apa lah nak dibandingkan dugaan skrg dan dugaan pada zaman dulu2 kan? lagi dasyat kan? bila kita rasa sedih bila mengenangkan dugaan yang menimpa kita, cuba kita igt balik dugaan yang mak perlu hadapi masa kita kecik2 dulu..lagi sedih kan? kdg2 kita rasa lemah tak terdaya bila ada sesuatu yang menimpa kita kan, tp kita mesti igt yg kita masih ada sesama kita lagi kan? kita masih boleh berkongsi sesama kita kan..masalah boleh sama dipikul. So, jgn la bersedih, hilang semangat dan kekuatan..sbb kita masih ada untuk satu sama lain. Buat kakak, jgn la sedih2..bila hang sedih aku pun turut sedih..jangan cepat mengalah tau..jgn cepat berputus asa..aku sentiasa ada di smping hang.. apa la sangat nak dibandingkan masalah kecik ni kan berbanding masalah yang dialami oleh orang lain kan..i'll alwys be with u..takkira susah atau senang..Buat adik-adikku..sabarlah..kadang2 bila aku tak bagi bukan bermaksud aku tak sayang, bukan bermakna aku tak kisah..tp ada byk sebab lain yang menghalang.. biarlah kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan.. Apa yang mak n kakak-kakak kata tu semua utk kepentingan adik-adik kerana kami lebih dulu mengalaminya dulu.. Janganlah kecewa ye adik-adikku..bersabarlah.. buat kakak n adik-adikku..ngah saaaaaaaaaaaaayang sgt kat hampa semua..

Monday, March 22, 2010

kawan..besar ke salah saya?

Ditujukan khas buat sorang kawan..
Kawan, masih marah ke awk pada saya? Besar sgt ye kesalahan saya smpaikan awk taknak maafkan saya n bercakap dengan saya? Saya mintak maaf sgt2..Tu juz salah faham yang teruk. So, i'm sorry for whtever i did. Boleh tak awk maafkan saya..Mungkin awk takkan baca pun apa yg saya tuliskan kat sini pun sbb awk benci sgt pada saya kan?? I admit that it was my mistakes..boleh tak kita berkawan dan bercakap seperti biasa? Dah almost 3 weeks rasanya kita tak bertegur sapa..n actually saya taktau pun yg awk taknak berckp dgn saya..sbb saya tak rasa ia adalah perkara yg perlu dibesar2kan..again.i'm really2 sorry. Janganla sbb perkara kecik ni awk pun terus benci saya.. Saya rasa sgt sedih bila jd mcm ni..nmpk mcm biasa tp dalam hati hanya Allah yg tahu.. Awk kata kenapa manusia selalu judge org lain kan? But the situation now is u r judging me on what i did kan? saya buat salah sekali tp awk hukum saya smpai mcm ni sekali. Takpela..saya tak kisah awk..tp as a friend, saya tak sggup nak tahan kalu dah smpai kita tak bertegur sapa cmni.. I'M SORRY, really2 sorry..boleh tak awk maafkan saya?

Friday, March 19, 2010

berbahagi rasa


Setelah kak khuzma dan disusuli pulak oleh kak za..tinggal aku je lagi yg belum bertukar status. Semasa Kak za masih lagi tinggal bujang n tinggal bersama kitorg, tak la pulak terasa nak cepat2 kawin..but suddenly after kak za dah selamat selesai, aku pun rasa nak cepat2 jugak.. Almaklumla dah kena tinggal..huhuhu.. Rasa kehilangan 2 kawan baik ni, menyebabkan rasa nak sgt cepat kawin..(ayakss...gatal..;p) hehehe. Tetiba jugak rasa excited nak selesaikan persiapan kawin yg masih banyak lagi terbengkalai. Padahal tak lama je lagi majlisnya. Haisshhh..sgt tiada masa ye nk selesaikan semuanya..Kebetulan pulak byk lak program di masa2 kritikal begini. kalu tgk gmbr aku kat sebelah ni..ni la antara gmbr berangan nak pose utk gmbr kawin nnt..hahaha..sgt ketara ye gatalnya disitu...tgk kak za yang dimakeup cantik, berpakaian cantik, pelamin cantik, bilik pengantin pun cantik...laaaaaaaaaaaagi la rasa nak cantik2 seperi tu..Tu yg menyebabkan terhasilnya gmbr sebelah ni..tambah2 tak la ramai sgt org kat kenduri kak za aritu..so, lagi2 la bertambah tak malu diriku ini..heheheheheh.. agaknya ni la namanya dah smpai seru kot kan.. Perasaan tu dtg tanpa dipaksa2..tetiba je rasa camtu..dh bersedia utk berkongsi hidup dengan encik F.. (mesti encik F gembira kalu baca blog ni..;p) tp bersediakah dia utk berkongsi hidupku yg agak gila n kucar kacir ni?? hahaha..