Tuesday, April 26, 2011

60kg

Sudah 60kg! hahaha..dh cukup 10kg peningkatan berat bdnku. 10kg pada minggu ke33. Ada lagi beberapa mggu..berapa lagi yg mampu dicapai. Hari ni spt biasa rutin check up perut di Klinik Beserah. Berat okay, tekanan darah okay, kepala baby pun dh kat bwh, kaki tak bengkak, semua okay TAPI satu yg kantoi.. Huhuhu.. Tekejut nengok bila ada tulisan dkwat merah pada test urine. Aiyak, ada gula dlm urine. Alamak..kena kencing manis ke aku ni.. Selama dh 8bulan ni, Alhamdulillah masih selamat lagi. Terus terneves sorg2 kat klinik pg td. Masuk je bilik misi, misi tnya, "ada makan apa2 ke pg td".. A'ah kan...lupa pulak aku sempat sental 2keping roti canai cicah kari kat umah before gi klinik td. hahaha..So, memula misi kata, okayla ni sbb mkn pg td kan..tup2 dia ubah pkiran suh gi check darah dulu.. Alamak...terpanik lagi skali, byk mana la pulak dia nak amik darah ni... Rupa2nya setitik je kat ujung jari ni. Bacaan normal adalah 5.2, tp bacaan gula aku 6.2. Terlebih +1, so misi tu kata okay la ni sbb dh makan td... Heheh. Alhamdulillah... So, semuanya okay setakat ni. Tak sabar nak jumpa baby.. Doa2 dipermudahkan semuanya..

*My biras dh selamat melahirkan baby boy ptg td..Alhamdulillah..neves pulak tggu turn diri sndiri pulak..;)

Saturday, April 23, 2011

perempuan mengandung mudah terasa hati

Memang betul pun. Masa pregnant ni hati sgt sensitif okay.. Mybe jugak sejak azali dh mempunyai hati yg sensitif, ditambah pulak dgn hormon yg dirembeskan ketika pregnant menyebabkan hati ni jd manja sesgt.. Cepat betul terasa tambah2 dengan en feruz. Emmm..dia tak kesah pun.. Huhuhuhu. Maka, terasalah hati sorg2 diri kan. Even perkataan yg keluar dr mulutnya sepatah dua dh cukup nak buatkan aku terasa. :'( So far dgn org lain takde lagi kot smpai terasa2 hati kot.. Perasan sgt perubahan diri sejak2 membawa budak ni. Selalu je memujuk hati sndiri, buat lah apa2 yg patut kan. Huhuhuhu

Sunday, April 17, 2011

Durian Oh Durian

Musim durian dh pun lama mula.. Mybe dh nak abis pun di sesetengah tempat. Alhamdulillah, musim durian kali ni tak perlu susah payah nak beli durian lagi. Sbbnya aku dh kawin dgn anak bapak yg ada kebun durian. Hehe.. Dh 2kali dpt makan durian. Kali pertama kitorg balik Bentong, makan durian kat kebun. Kali kedua ni aku mintak kwn tlg amikkan kat kebun bapa mentuaku di Bentong tu.. heeee.. Rasanya cukup kot 2 kali ni. Nnt baby panas meronta2 pulak kat dlm.. Sian baby, mamanya asik mkn pelik2 saja.

* Syuukur dpt keluarga mentua yg baik2 hati semuanya.. Hehehe..

Berakhir sudah..................

Berakhir sudah weekend2 yg dtggu2.. Huuuuuuuuuuu.. Semoga kakak, abg ipar, anak sedaraku n adikku selamat smpai ke destinasi masing2.. InsyaAllah. walapun sikit penat n tak mampu nak bawak diorg jalan2 ke serata bandar kuantan ni..tp sebenarnya rasa sgt2 gembira. Wpun kdg2 keletihan mengatasi rasa gembira ni.. Kesian diorg. InsyaAllah, lenkali ngah bawak jalan2 ye bila baby dh selamat keluar nnt.. Hehehe.

Thursday, April 14, 2011

Hati saya sedih

Hati saya sedang bersedih.. Kesian baby..:'( Tapi saya takleh tahan rasa sedih ni... Ya Allah, Kau kuatkanlah dan tabahkanlah hati ku ini dalam menempuh ujian dan dugaan dari Mu.....

jadual baby dah berubah

Sebelum ni, baby byk bergerak waktu malam.. Tp dua, tiga menjak ni sgt2 perasan yg dia dh mula bergerak waktu tghari n ptg..tambah2 time duduk kat opis ni.. Aktifnya awk baby, mama tak sbr nak jumpa baby. Doa2 semoga baby sihat, sempurna akal, fizikal dan akhlaknya. Aaaaaminnnn...;)

perlu belajar hidup sendiri dan berdikari!

Aku perlu belajar hidup sendiri dan berdikari. Yup, BETUL! Walaupun dh biasa berdikari n hidup sendiri skrg ni tp mana tau apa yg akan berlaku in future kan. Nauzubillah..mintak dijauhkan dari benda2 yg tak elok but it is a reality. Seems like aku terleka dgn hidup berteman dan seronok berkwn2 ke mana2 tp siapa tahu masa senang ramai yg bersama, di masa susah nnt? Emmmm... tetapi walau mcm mana susah n senang kita pun, hanya satu yg sentiasa bersama kita. Allah S.W.T sentiasa bersama hambaNya. ;))

Wednesday, April 13, 2011

release tension!

Alhamdulillah...lega rasa dapat release tension! Boring sgt2 rasa dok di umah ptg2 sorg2 setiap hari, so hari ni dengan BERTEKAD, aku telah keluar ber'exercise' di taman bandar.. Sonok rasa dpt berjln kaki keliling tasik. Dptla 2 round. Puas! Dapat keluar peluh yg dh lama dh tersimpan ni.. Almost a year dah. Cuma sekali sekala perut ni rasa tegang n berat pulak..

Hilang rasa sunyi dok umah ni. Takde sapa. Atleast dpt gak tgk2 org yg ada kat tasik tu.

Tuesday, April 12, 2011

rindu la pada mereka2 ini..;)

rindu saat dan ketika ini.. zmn muda2 dulu...

Rindu mereka2 ini semua.....

rindu si tecit ini n papa ngahnya ini...kiutnya............

rinnnnnnnnnnnnndu si tecit auni ni...tomeynya..

rindu jugak si tecit ini...akim, mak uda rindu awak la...;)

Monday, April 11, 2011

cubaan ke-2 muffin choc chip ku

ini bukan mufinnya tau..ini hasil sampingannya.. buat kek coklat kukus smbil2..

Ini la mufin cubaan ke-2, takde la merekah2 dan menggebu mggunung tggi mcm org lain buat ye..

Ada choc chip di dalam dan juga ditabur di atas mufin nya..

resipinya tak igt la amik di mana..nnt nak cari dulu..heee

Check up 31 minggu

Pagi ni ada routine check up.. Alhamdulillah..da masuk 31minggu. Berat tak naik kali ni..so dpt pen merah lagi. Tekanan darah okay2 la 110/60. Urine test, alhamdulillah negatif, Hb pulak 11.4, kena cari cara nak naikkan sikit n maintain menjelang hari2 nak bersalin ni... Masuk dlm bilik jumpa misi, dia check perut, kedudukan baby katanya okay.. Kepalanya dh berada di bawah. Alhamdulillah..;) jantung baby pun okay. (tp suspen jugak sbb lama betul dia letak alat rupanya mcm stetoskop tu atas perut..agaknya kurg dgr kot) Last 2 weeks misi kata nak ajar cara kira gerakan baby, tp last2 arini dia kata nak ajar lagi 2mggu pulak. Takpela..kena la tggu lagi 2 mggu. ;))

Wednesday, April 6, 2011

apa lagi barang baby yang nak dibeli?

Dok sesaja n mls2 kat opis ni, terus curi2 update blog sat.. Bpkir2 n merancang2 apa lagi brg baby yg belum dibeli n nak beli...

Emmmmmmmmmmmm.............................

Antara yg belum dibeli:

a) topi baby (nak tutup kepala dia takut dia sejuk)
b) minyak telon
c) barut baby..(aritu dh ada 3 helai, mak mertua bg tp mcm tak cukup je..)
d) baju baby (baru ada beberapa helai, kena beli lagi ni..)
e) selimut beli lagi sehelai
f) beg nak letak brg2 baby nak bawak gi hospital nnt
g) apa lagi ekkk..terlupa dah..

untuk mamanya pulak..apa nak beli ye..

a) maternity pad
b) kain batik (beli lagi 2 helai)
c) nursing bra
d) nursing pad
e) bumble bee bottle yg kecik2 tu
f) pump susu


nnt2 bila baby dh selamat keluar..nak beli ni pulak lah

a) baby car seat
b) stroller
c) blouse2 utk mudah menyusu (insyaAllah....moga2 dipermudahkan niatku ni)

buat masa skrg, yg ni je yg teringat dlm kepala ni.. so..nnt2 kalu ada lagi, update kemudian lah! Tak sbr tggu baby...weeuuuuuu....

Tuesday, April 5, 2011

Muffin Choc Chip

Arini betapa gigihnya aku smpaikan balik rest tghari kat umah td aku sempat siapkan 13bijik mufin coklat cip.. Hehe..Ni la first time buat mufin.. Before balik umah tu aku gi kedai jual brg2 kek cari tray utk bkr mufin n juga paper cup utk letak mufin tu.. dpt la beli..Dgn semangat terus aku mebancuh segala adunan tu.. Then bila tiba time nak bkr mufin tu...Jeng Jeng Jeng.. Huuuuuuuuuuaaaaaaaaaaa...








Tray tak muat pulak nak masukkan dlm oven.. Aduuuhh..cmna ni... *Panik seketika* emmmmm..hampir putus asa tapi tetiba terus dpt idea bodoh.. Apa kata aku angkat paper cup ni n letak dlm loyang bakar kek yg selalu aku guna.. biar paper cup tu duduk berhimpit2 dgn harapan ia tak jadi meleper disbbkan paper cup yg tak dpt menampung berat adunan. Huuuuu.. Hnya 4 papercup saja yg muat masuk dlm loyang tu..sekali bakar amik masa 15min, so utk menjimatkan masa sbb nak rush balik opis semula kan.. (ditambah dgn rasa keciwa sbb tak dpt hasilkan mufin yg bulat, cantik terletak dlm cup tu kan...), aku amik kptusan nak kukus je yg balance adunan tu.. Tp yg tak tahan tu kan...gigih jugak tu nak letak dlm papercup tu walaupun seksanya nak menghimpit2 dia supaya tak meleper..

Akhirnya.......................*_* haihhhhh.. jadi la jugak mufin ku dgn rupa yg sgt2 hodoh shinggakan sgt2 malu nak upload pic dlm blog ni.. Hampir2 je nak dibuang dlm bakul sampah..tp bila mengenangkan betapa susah payahnya menyiapkan mufin tu, takkan la nak buang cmtu je. Nak mkn sorg2 mcm tak mampu je. Soooooooooooo..aku decide, aku keluarkan mufin tu dr papercup tu, dan belah 2 n masuk dlm tupperware n bawak gi opis..

Sampai je opis, bila dpt reaksi kwn2 opismate yg beria2 ckp ianya sedap wpun rupanya hodoh..dtgla semula keyakinan aku ni. Hehehehe.. Abis licin semua mufin aku tu..

Heeeeeeeeeeeeee..so, misi mencari tray mufin yg baru lah nnt..

*p/s: next time, check n plan betul2 baru la mula memasak..;p

Sunday, April 3, 2011

Serba salah dibuatnya

Serba salah rasanya.. Di sebelah sini husband yg tercinta, di sebelah sana emak yg dikasihi.. Emm...sbgai seorg isteri, paling penting adalah mengikut suami.. Mcm mana nak jaga hati kedua-duanya pada masa yg sama, takde sorg pun yang akan sedih dan terasa hati. Mcm mana cara nak smpaikan pada emak yg dikasihi supaya hatinya langsung tak terluka. Emmm..susahnya rasa.

Friday, April 1, 2011

almost 30 weeks

Bila dh hampir nak cecah 30minggu esok lusa ni, dh mula rasa tak berapa selesa ketika duduk. Berjalan sat pun dah mula rasa sngat lenguh dari pinggang ke kaki, apa yg perlu buat adalah tarik nafas dalam2..dan relaks sat. Malam2 dh mula jd seperti di awal2 pregnancy, asik berangin je badan ni. Berdentum2 dlm perut ni.. Nak tido malam pun semakin kurg selesa, sbb perut berangin n agaknya sbb perut dh semakin menegang n membesar. Baby pun alhamdulillah..dpt rasa dia semakin aktif..rajin2 mengeras smpai terbonjol2 perut ni..sat2 senget sebelah kanan..dok sat lagi membonjol di tengah2..syok jugak kdg2 tu..tergelak2 sorg2 kat umah ni. Nak share dgn husband, dia dok jauh pulak kan.. So, sedih ke gembira ke hnya boleh sorg2 je la.. Yg sgt2 ketara adalah lately emosi saaaaaaaaaaaaangat la tak stabil.. Selalu je rasa sayu n sedih mengenangkan diri dok sorg2, sedara pun takde. Emm..tu yg menambahkan rasa nak mohon berpindah sgt2.. doa2 smuanya berjln lncar dan berjaya.. Aaaaaaaaaaaamin..:'(