Monday, October 22, 2012

Oreo Cheese Cake

Ini lah 1st trial cheese cake aku. Ada banyak lagi kena improve especially dalam mencari suhu dan teknik yg sesuai utk bake cheese cake menggunakan oven kecik ku itu. ;) saja post kat sini supaya nnt bila godek2 balik post2 lama..dapat la tgk semula pic cheese cake pertama aku ni. Kot2 la nnt2 dah terer.. wahahahah..

Sunday, August 12, 2012

Pregnant lagi..

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Ramadhan.

Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan nak meninggalkan kita, saya baru ada kesempatan nak update blog. Sejak semester baru bermula dan kebetulan serentak dengan bermulanya Ramadhan 2012, masa sentiasa terisi dengan mcm2 aktiviti. Siang dan malam rasa sangat cepat berlalu. Sedih pulak memikirkan Ramadhan dah nak berlalu tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Tahun lepas, 1st time berpuasa dgn baby Aleesya yg masih kecik, baru je habis pantang waktu tu, tahun ni pulak berpuasa berdua je dgn Aleesya yg sgt2 lasak dan aktif. Tahun depan? InsyaAllah..mungkin dengan baby adik pulak kot. Hehehehe. ;))

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Ramadhan kali ni juga memberi berlimpah2 rezeki pada kami sekeluarga. Walaupun di awal2 Ramadhan hari tu, byk berita sedih yg kami dapat, tapi di hujung2 Ramadhan ni, Allah S.W.T memberikan rezeki yg sgt besar buat kami. InsyaAllah, kami akan dapat baby kedua tahun depan. InsyaAllah..doa semuanya selamat hingga akhir nanti. Rasa gembira dan terharu sampaikan rasa nak menitis air mata jugak tadi. Perasaan tu bercampur baur dengan rasa takut, neves, sedih, tak sangka dan mcm2 lagi lah. Lebih beremosi berbanding masa dpt tau pregnant yg pertama dulu. Hehe. Mungkin kali ni memikirkan tanggungjawab pada Aleesya, dan dlm masa yg sama tanggungjawab nak jaga kandungan kedua ni. Terasa neves jugak, tapi InsyaAllah.. Doa semuanya baik2 saja, dan InsyaAllah, yakin dgn rezeki Allah yg sgt luas.

**Mungkin terlalu awal utk dikongsikan dgn kwn2, tapi rasa sgt2 hepi, InsyaAllah, doa yg baik2 saja.. ;))**


Wednesday, June 27, 2012

Rindu Lagi

 Me & aleesya 4bulan ++

Aleesya 1 year 

Lama betul tak belek2 gmbr ber'folder2' dalam laptop ni sbb dh jarang sgt on laptop. Malas! Hahaha. Tetiba terasa nak online guna laptop, so sambil2 tu dok la membelek pic2 lama. Dok tgk2 pic lama Aleesya masa dia still baby. Sooooooo baby.. Kalu compare Aleesya baby dan Aleesya 1year, banyak ye bezanya. Tak perasan dan sedar masa berlalu dgn cepat. Sibuk menguruskan diri dan anak, tak la perasan yg Aleesya dah semakin besar (in terms of age la..kalau saiz, makin kurus ado ler...) Masa Aleesya baby, gebu's jugek la.. Skrg dah semakin kurus. Ke mana hilangnya gebu's dulu2 tu? Wawawawa.. Mamanya saja yg semakin gebu's. hehehee. Aleesya sekarang dah tak rasa seperti baby lagi dahhh.. Emmm..Apa maksudnya di situ ye..? Heeee..sebenarnya, terasa saaaaaaaaaaaaangat rindu nak ada baby lagi.. Tapi mampu ke....? Nak menjaga sorang baby dulu tu pun menangis jugak la menalipon encik abang tu. Kalau nanti nak jaga baby adik dan di masa yg sama nak menjaga Aleesya yg semakin lasak ni, waaaaaaaaaaaaaaaaaa..mcm tak mampu je. Tapi takleh nak hilangkan rasa rindu sgt2 ni. Walau masih kuat ingatan sakit bersalin dan susahnya berpantang, tapi tetap jugak nak anak lagi. Itulah perempuan dan ibu. Kuat semangatnya. ;)) No wonder la kenapa dulu2 masa bujang, selalu heran tgk akak2 yg cerita sakitnya bersalin..tup, tup..nak pregnant lagi. Masa tu sgt2 la kagum dan hairan kan..Tak trauma ke ka? Last2, bila sndiri dah jd ibu, ooooooooooooo... begitu alkisahnya. Sakit tu sakit jugak, tapi sakit yg sedap..Boleh cmtu? Hahahahah.. Maksudnya kat sini, nikmat dan peluang menjadi seorang ibu tu...sangat membahagiakan smpaikan sanggup melalui sakit bersalin (yg sgt2 sakit tu) berkali2.. Alhamdulillah dgn nikmat yg Allah bagi, syukur dgn segala rezeki dariNya.. ;))

Friday, June 22, 2012

Aleesya 1 tahun

Happy 1st Birthday Aleesya Dania Bt. Mohammad Fairuz..;)) Moga membesar dgn sihat dan ceria, menjadi anak yg solehah. Aaaaminnn. Alhamdulillah, bersyukur sgt dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat sama2 sambut hari lahir anakku yg pertama. Tapi tak pasti adakah tahun depan diberi peluang untuk sama2 sambut hari lahirnya lagi. Mudah2an usiaku panjang supaya dpt mendidik dan membesarkannya. InsyaAllah.. Tak sangka masa berlalu dgn sgt2 cepat, aleesya dah pun genap setahun pd 12/6 aritu. Rasa segar lagi ingatan pengalaman melahirkan Aleesya setahun yg lalu. Sikit detik pun rasanya tak lupa. Kalau nak diulang cerita semula, insyaAllah..boleh lagi nak dikongsi dgn emosi yg sama. Hehehehe. Sayang sgt rasa. Tak dpt nak diluahkan dgn kata2. Mcm ni rupanya rasa kasih seorang ibu pada anaknya. Seronok dan bahagia dpt tgk anak membesar dgn sihat, ceria, cergas depan mata. Alhamdulillah.. ;)) Aleesya di usia setahun belum pandai berjalan lagi, namun dah mula nampak skill memanjat. Kerap sgt panjat katil dan sofa dan dah beberapa kali terjatuh dari sofa. Setakat ni, sempatla disambut lagi. Hope next time takde lagi dah. Baru belajar berdiri dan lepas tgn. Maish gayat lagi agaknya nak berjalan. Walaupun lambat sikit, tak kisahlah. Yang penting Aleesya sihat sentiasa. Tapi Aleesya dah pandai tiru apa yg mama dan abah cakap. Suuuuka sgt dgn cat dan jugak Meon. Huhuhu. Semakin kuat makan. Balik school je mesti menjerit2 nak makan. Dan suka sgt berebut nak makan sepinggan dgn mama. Tak sbr nak tgk lagi apa perkembangannya lagi.. InsyaAllah..

Friday, June 1, 2012

Mood Booster

Mood Booster?? Ada ke perkataan camtu? Hahaha. Selalunya dengar perkataan Milk Booster ja bagi ibu2 yang nak bykkan susu badan utk anak. Ni tetiba aku reka istilah sendiri. 2,3 hari ni perasaan gembira semacam, melayang2 terawang2 je. Hahaha. Apa perkara yg menggembirakan tu? Buat masa ni aku rahsiakan dulu. Nanti dah confirm, akan aku sebarkan ke seluruh pelosok kwn2 ku. Dan niatnya jika betul2 perkara menggembirakan yg dinanti2 kan tu tercapai dalam masa terdekat ni, mmg confirm akan aku buat KENDURI KESYUKURAN dan jugak jualan HARGA RENDAH habis-habisan lah bagi meraikan dan menunjukkan betapa gembiranya dan bersyukurnya aku. Wahahah. Tak sabarnya rasa. Bulan June ni jugak dah sedia ada moment2 happy yg akan berlaku. Antaranya ANNIVERSARY, BIRTHDAY aleesya dan jugak insyaAllah jika ada rezeki kami, ada SATU lagi berita gembira bakal menyusul. WAIIIIIIIIIITTT (alamak! bajet mcm ramai yg baca blog aku.. wahaha. takpe2, berangan sudeh sbbnya gembira sgt2..)

Thursday, May 31, 2012

InsyaAllah

InsyaAllah..jika ada rezeki takkan ke mana..

Doakan kami sekeluarga dapat duduk sama pada tahun ni ye..

Antara impian aku jika kami dapat duduk sbgai betul2 satu keluarga..ada beberapa wishlist yg aku nak cuba buat:-

a) Nak jadi superwoman. Hahaha.. Nak masak tiap2 hari utk husband dan anak..(kalau boleh la kan..kalau tak pun sekerap yg boleh la). Sbb dah boleh bfast kat umh, so dah save dh kat situ kan.. Dinner pun dh boleh makan sesama dah.. wawawa..syoknya.. hehe

b) Nak jadi bisneswoman berjaya. Hahaha. Kononnya cmtu la.. Lepas ni harap sgt perjalanan bisnes ku semakin mudah sbb atleast ada yg boleh tgk2 kan anak kalu aku nak buka booth di mana2 event. Harap langkahku lebih panjang lepas ni.. Tp dlm masa yg sama insyaAllah taknak abaikan family sbb janji yg pertama tu nk jadi superwoman kan..

c) Nak bercucuk tanam. Laaaagi la angan2 tak sudah.. Konon bila husbnd dok skali, ada la jugak masa nak bercucuk tanam, nak tanam pokok cili, pokok daun kesum, pokok serai, apa2 jenis pokok yg sesuai tanam dalam pasu.

d) Nak jadi anak yg lebih baik. Cmna? Dengan balik jenguk mak dan juga keluarga mertuaku.. Atleast sebulan sekali. Mampu ke...? InsyaAllah..

e) Kalu ada rezeki, ada masa terluang, nak kembali semula ambil tempahan kek coklat dan cupcakes yg sebelum ni ada permintaan tapi tak dpt nak tunaikan. Tu kalu diorg nak lagi la kan.. Ini hanya sampingan saja, sbb minat sgt dgn kek2 dan cupcakes..

f) Nak decorate rumah seselesa mungkin dan secantik boleh utk kami sekeluarga. Wpun aku tau..mungkin agak susah nak kekalkan kekemasan rumah disbbkan pertambahan ahli rumah yg suka sepahkan rumah. Haha.. (jgn marah suamiku...;p)

g) Kalu ada rezeki jugak, nak tambah satu kereta dan satu rumah lagi utk kemudahan kami di sini... InsyaAllah..mudah2an bisnes ku berjln lancar..

h) Last skali..Dah boleh tambah anak dah kot.. Kikikiki..;))

Tuesday, February 28, 2012

aleesya sudah 8bulan setengah

Aleesya sudah pun 8 bulan setengah...

Apa yg dia dah pandai...

1) Pandai membebel ye.. ta ta ta ta..(bunyi mcm himawari, adik shin chan je..hehe)
2) still belum merangkak..hanya pandai meniarap dan bergolek2 saja lah..
3) Gigi dah semakin byk, dah ada 7 batang dah
4) Pandai sgt2 baling2 barang dah
5) Pandai jugak marah2, jerit2 bila org rampas brg dari dia atau dia tak dpt sesuatu yg dia nak
6) Sgt la takleh berenggang dgn mama, pantang nmpk mama, terus diangkatnya tgn mintak didukung..
7) Taknak mnum botol waktu mlm..sbb tau mama nya ada kan..
8) rambut panjang mengurai dah..haha
9) dah boleh duduk dh sikit2.. tak stabil lagi lah..

Itu saja la kot perkembangan anak mama..nnt2 akan diupdate lagi lah..buat masa skrg mama bz berbisnes..hehehe..best2

Saturday, February 18, 2012

Herba Maharani


Harga : RM 65.00


Herba Maharani - untuk wanita /remaja perempuan • Untuk keputihan,peredaran haid,senggugut • Untuk menguat & mengecutkan rahim.sistem peranakan,dan untuk amalan selepas bersalin • Legakan sakit pinggang,sakit belakang,sendi,lutut,migrain,lenguh2 ,angin dalam badan,kebas & urat saraf • Melambatkan monopous • Anti penuaan,awet muda.kecantikan dan kesuburan • Tegangkan dan anjalkan kulit ,payudara,ovari,kawasan perut lepas bersalin,pinggul dan lain2. • Tingkatkan kadar metabolisme ( sel darah,minda,tekanan darah,hilangkan kelesuan dan KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA • 1 kotak ( 300 pills { 50 pills dalam 1 bola })


• 10 biji makan 1 hari ( pil bulat2 seperti pil sakit perut)


• { Dijamin Oleh kementerian kesihatan Malaysia dan disahkan HALAL oleh JAKIM }


*Produk yg sangat berkesan untuk kesihatan dalaman wanita!


Kos penghantaran : RM 7



* Perbankan Internet, Mesin ATM,kaunter & Mesin Deposit Tunai. CIMB: 12150079371523 (SITI NASIROH BINTI ISMAIL)


Sila sahkan bayaran anda dengan menghantar SMS @ emel maklumat di bawah ke 019 9171283 / emel ke nas_fsmb@yahoo.com mengenai:


Nama Penuh, Alamat, No. Tel, , Jumlah Bank In (RM), Nama Produk dan Tarikh

Sunday, January 29, 2012

Siapa aku tanpaNya

Hari Jumaat malam yg lepas, aku berkesempatan pegi satu ceramah yg dianjurkan oleh AJK2 Kamsis. Menarik tajuknya.. Siapa aku tanpaNya.. Disampaikan oleh Ustazah Nik Marini..Kalu tak slh aku lah.. Terlupa pulak namanya. Tapi apa yg disampaikan, harap2 aku tak lupa smpai bila2 dan jadikan pegangan hidup aku. InsyaAllah.. Antara menarik yg dismpaikan adalah peringatan betapa jauhnya kita sbnrnya dr Allah S.W.T. Betapa kita tak kenal pencipta kita krn kita masih lagi alpa dan melakukan perkara yg dilarangNya. Bila kita jauh dariNya, kita buat perkara2 yg dilarangNya, mcmana kita nak kenal pada Nya. YaAllah..rasa sgt2 kerdil waktu tu sbb aku pun masih byk sgt silap yg aku buat samada sengaja atau tak.. Huhu. Satu perkara yg disebut ustazah tu ialah mengenai darjat seorang wanita. Memandangkan ceramah pd malam tu dihadiri oleh semua penghuni perempuan je..ustazah ada menyebut supaya semua wanita menjaga batas aurat seperti yg disyariatkan. Ustazah minta semua mencari sndiri apa batas2 aurat yg sebenar2nya. Sbb kata usatazah tu lg..ilmu yg susah dicari lebih melekat dlm hati berbanding ilmu yg mudah diperolehi. Berbekas jugak dlm hati ni sbb aku pun masih byk kekurangannya dlm menjaga aurat ni. Huhuhu.. Antara lain yg sgt menarik hati aku bila ustazah kata dia bukanlah ibu atau bukanlah hendak menjadi ibu pada semua tp dia adalah seorang ibu pada 4orang anak perempuannya, mlm tu dia bawak anak2nya bersama..so dia menyeru pd anak2nya utk menjaga maruah, aurat wanita sbb katanya jugak..3 orang anak perempuan yg solehah boleh menjadi pendinding api neraka buat ibu mereka. Terharu dan tersentuh sgt bila dia menyeru anak2 nya utk bantunya di akhirat nnt. YaAllah.. aku doa moga aku ditetapkan hati dan dikuatkan iman supaya aku boleh juga bantu mak nnt. Dan aku jugak berdoa sgt2 moga anak perempuanku ini jd anak yg solehah supaya dia pun boleh bantu aku nnt. InsyaAllah.. mudah-mudahan.. aaaminnnn

Hari berlalu dgn cepat!

Terasa seperti masa sgt2 cepat berlalu sekarang ni.. Sibuk dgn kerja dan membesarkan anak daraku tercinta ni..tak terasa masa yg berlalu.. Alhamdulillah..leesya dh pun 7bulan setengah dah.. Alhamdulillah..membesar dgn sihat..;)) Dah semakin banyak pe'el nya.. Bersyukur diberi peluang olehNya utk mempunyai anak dan membesarkan anak sndiri. Aleesya Dania ni dah pun pantas bergolek2, belum pandai merangkak lagi. Tp bila diletakkan dlm walker, dh boleh menolak ke belakang.. wpun belum pandai duduk dgn stabil, tp dh boleh la sikit2 smbil diawasi oleh mama dan abahnya ni. Gigi dh pun panjang.. dah ada 4batang di atas dan 2 batang di bawah. Sakit tau digigitnya bila menyusu.. huhu. Semakin besar, kulitnya semakin sensitif especially bila makan mknn tertentu mcm susu formula, nestum, kentang.. Mesti jd tompok2 merah di sekitar mulut, atau bhgian yg terkena/tertumpah makanan yg dimakan tu.. Mulut pun dh pot pet pot pet..cakap apa pun taktau lah. Hehehe..lagi2 bila dia dh sgt mengantuk, dia akan jd galak..gelak2, membebel2 dan akhirnya akan menangis menjerit2 shinggalah tido.. Susah sgguh nak tidokan dia sejak2 dh besar ni.. mcm2 cara mama dan abah buat.. Kalu time abah ada, abah lah yg dodoikan.. Lega mama. Bila time abah takde..huuuuu..meraung mama nak tidokan leesya. Tapi walau apa pun cbrn dan kesusahan masa nak besarkan leesya ni.. mama sanggup sgt nak hadapinya sbb kepuasan dan kemanisannya sangat tak terhingga bila mama tgk leesya membesar dgn sihat dan ceria.. ;)) Cuma skrg satu je masalah yg mama cuba nak atasi.. leesya masih susah nak mkn.. almost 8months dah ni.. takmau mkn lagi..

Thursday, January 5, 2012

Doa Sebagai Senjata

Senjata orang Mukmin adalah pada doanya. Betul3x.. Saaaaaaaaaangat setuju. Hebat betul kuasa sesuatu doa. Jika kita berdoa pada Allah S.W.T. Kita memohon padaNya, merayu, merintih dan mengadu dengan sepenuh hati padaNya..sesungguhnya Allah sangat suka hambaNya mengadu2 padaNya..insyaAllah..doa kita akan dimakbulkan. Tetapi jika belum dimakbulkan bukanlah bermakna Allah tak sayangkan kita cuma Dia Maha Mengetahui apa yg lebih baik buat kita dan telah diaturkan perjalanan hidup yang lebih cantik, yang mungkin kita tak nampak sekarang.. Tetiba terlintas nak buat entri ni sbb ada antara cth doa yg alhamdulillah dimakbulkan adalah masa pregnant dulu, aku selalu berdoa mohon dikurniakan doktor atau nurse2 perempuan sahaja yg uruskan proses bersalin aku. Alhamdulillah..syukur pada Allah..doa aku diperkenankan. Semua yg menguruskan proses bersalin aku adalah perempuan. Yang penting yakin dan berserah pada Nya. Cuma doa aku dan suamiku nak tggal bersama je belum tercapai. Tapi walau apa pun aku takkan putus asa berdoa dan yakin pada Nya.. InsyaAllah....satu hari nanti InsyaAllah.. akan ada jalan utk kami sekeluarga.. ;))