Sunday, January 29, 2012

Siapa aku tanpaNya

Hari Jumaat malam yg lepas, aku berkesempatan pegi satu ceramah yg dianjurkan oleh AJK2 Kamsis. Menarik tajuknya.. Siapa aku tanpaNya.. Disampaikan oleh Ustazah Nik Marini..Kalu tak slh aku lah.. Terlupa pulak namanya. Tapi apa yg disampaikan, harap2 aku tak lupa smpai bila2 dan jadikan pegangan hidup aku. InsyaAllah.. Antara menarik yg dismpaikan adalah peringatan betapa jauhnya kita sbnrnya dr Allah S.W.T. Betapa kita tak kenal pencipta kita krn kita masih lagi alpa dan melakukan perkara yg dilarangNya. Bila kita jauh dariNya, kita buat perkara2 yg dilarangNya, mcmana kita nak kenal pada Nya. YaAllah..rasa sgt2 kerdil waktu tu sbb aku pun masih byk sgt silap yg aku buat samada sengaja atau tak.. Huhu. Satu perkara yg disebut ustazah tu ialah mengenai darjat seorang wanita. Memandangkan ceramah pd malam tu dihadiri oleh semua penghuni perempuan je..ustazah ada menyebut supaya semua wanita menjaga batas aurat seperti yg disyariatkan. Ustazah minta semua mencari sndiri apa batas2 aurat yg sebenar2nya. Sbb kata usatazah tu lg..ilmu yg susah dicari lebih melekat dlm hati berbanding ilmu yg mudah diperolehi. Berbekas jugak dlm hati ni sbb aku pun masih byk kekurangannya dlm menjaga aurat ni. Huhuhu.. Antara lain yg sgt menarik hati aku bila ustazah kata dia bukanlah ibu atau bukanlah hendak menjadi ibu pada semua tp dia adalah seorang ibu pada 4orang anak perempuannya, mlm tu dia bawak anak2nya bersama..so dia menyeru pd anak2nya utk menjaga maruah, aurat wanita sbb katanya jugak..3 orang anak perempuan yg solehah boleh menjadi pendinding api neraka buat ibu mereka. Terharu dan tersentuh sgt bila dia menyeru anak2 nya utk bantunya di akhirat nnt. YaAllah.. aku doa moga aku ditetapkan hati dan dikuatkan iman supaya aku boleh juga bantu mak nnt. Dan aku jugak berdoa sgt2 moga anak perempuanku ini jd anak yg solehah supaya dia pun boleh bantu aku nnt. InsyaAllah.. mudah-mudahan.. aaaminnnn

Hari berlalu dgn cepat!

Terasa seperti masa sgt2 cepat berlalu sekarang ni.. Sibuk dgn kerja dan membesarkan anak daraku tercinta ni..tak terasa masa yg berlalu.. Alhamdulillah..leesya dh pun 7bulan setengah dah.. Alhamdulillah..membesar dgn sihat..;)) Dah semakin banyak pe'el nya.. Bersyukur diberi peluang olehNya utk mempunyai anak dan membesarkan anak sndiri. Aleesya Dania ni dah pun pantas bergolek2, belum pandai merangkak lagi. Tp bila diletakkan dlm walker, dh boleh menolak ke belakang.. wpun belum pandai duduk dgn stabil, tp dh boleh la sikit2 smbil diawasi oleh mama dan abahnya ni. Gigi dh pun panjang.. dah ada 4batang di atas dan 2 batang di bawah. Sakit tau digigitnya bila menyusu.. huhu. Semakin besar, kulitnya semakin sensitif especially bila makan mknn tertentu mcm susu formula, nestum, kentang.. Mesti jd tompok2 merah di sekitar mulut, atau bhgian yg terkena/tertumpah makanan yg dimakan tu.. Mulut pun dh pot pet pot pet..cakap apa pun taktau lah. Hehehe..lagi2 bila dia dh sgt mengantuk, dia akan jd galak..gelak2, membebel2 dan akhirnya akan menangis menjerit2 shinggalah tido.. Susah sgguh nak tidokan dia sejak2 dh besar ni.. mcm2 cara mama dan abah buat.. Kalu time abah ada, abah lah yg dodoikan.. Lega mama. Bila time abah takde..huuuuu..meraung mama nak tidokan leesya. Tapi walau apa pun cbrn dan kesusahan masa nak besarkan leesya ni.. mama sanggup sgt nak hadapinya sbb kepuasan dan kemanisannya sangat tak terhingga bila mama tgk leesya membesar dgn sihat dan ceria.. ;)) Cuma skrg satu je masalah yg mama cuba nak atasi.. leesya masih susah nak mkn.. almost 8months dah ni.. takmau mkn lagi..

Thursday, January 5, 2012

Doa Sebagai Senjata

Senjata orang Mukmin adalah pada doanya. Betul3x.. Saaaaaaaaaangat setuju. Hebat betul kuasa sesuatu doa. Jika kita berdoa pada Allah S.W.T. Kita memohon padaNya, merayu, merintih dan mengadu dengan sepenuh hati padaNya..sesungguhnya Allah sangat suka hambaNya mengadu2 padaNya..insyaAllah..doa kita akan dimakbulkan. Tetapi jika belum dimakbulkan bukanlah bermakna Allah tak sayangkan kita cuma Dia Maha Mengetahui apa yg lebih baik buat kita dan telah diaturkan perjalanan hidup yang lebih cantik, yang mungkin kita tak nampak sekarang.. Tetiba terlintas nak buat entri ni sbb ada antara cth doa yg alhamdulillah dimakbulkan adalah masa pregnant dulu, aku selalu berdoa mohon dikurniakan doktor atau nurse2 perempuan sahaja yg uruskan proses bersalin aku. Alhamdulillah..syukur pada Allah..doa aku diperkenankan. Semua yg menguruskan proses bersalin aku adalah perempuan. Yang penting yakin dan berserah pada Nya. Cuma doa aku dan suamiku nak tggal bersama je belum tercapai. Tapi walau apa pun aku takkan putus asa berdoa dan yakin pada Nya.. InsyaAllah....satu hari nanti InsyaAllah.. akan ada jalan utk kami sekeluarga.. ;))