Ni gambar saya dan anak2 amanah dari Allah SWT
Setiap anak2 ada rezeki dan bahagiannya masing-masing. Setiap anak2 juga ada dugaan dan cabaran yang kita sebagai ibubapa kena byk bersabar nak laluinya. Selain dari cabaran dan dugaan ketika melahirkan, menjaga ketika berpantang, kedua-dua anak saya ni berkulit agak sensitif.
Saya seorang ibu yang bekerja, so..anak2 dihantar ke daycare dan taska. Memang agak susah nak pantau apa yang anak2 buat, makan dan sebagainya. Disebabkan tu, selang beberapa bulan, salah sorang daripada anak saya mesti akan alami masalah kulit. Aleesya, anak sulung saya yang lebih kerap jadi gatal-gatal pada kulit. Sampaikan masalah kulit yang paling teruk terjadi, jadi semacam kudis yang semakin besar dan berlopak.
Susah hati jugak saya sebagai seorang ibu. Pernah ke klinik, dicadangkan mandi tanpa sabun, makan ubat alahan gatal, sapu krim. Satu hari ketika berpantang anak kedua, saya sendiri mencuba Marine Essence Beauty Bar, sabun hijau yang sangat wangi dan segar.
Ni lah sabun hijau feveret saya, sekotak ada 3 biji. Harga RM105 sekotak
Besar tapak tangan ye sebijik sabun ni. Sangat tahan lama kalau kena cara penggunaan yang betul
Marine Essence Beauty Bar ni TIDAK MENGANDUNGI SABUN, TIADA PARABEN, TIADA SLES. Yang paling special, Marine Essence Beauty Bar ni juga mengandungi garam buluh yang bertindak sebagai ANTIOKSIDAN dan ANTIMIKROB. Saya terpikir nak cuba pada Aleesya yang sangat sensitif pada sabun. Dan saya juga apply sabun tu ke seluruh badan dan muka. Alhamdulillah, serasi dengan Aleesya dan sejak tu Aleesya dah jarang kena masalah kulit.
Selepas tu, Marine Essence ni keluar dengan produk Body Wash dan juga Shampoo. Lagi la mudah kan? Untuk kegunaan anak-anak yang sangat suka mandi bersabun ni, saya pilih Marine Essence Body Wash. Untuk shampoo pulak, diorang memang serasi dengan Marine Essence Shampoo.
Shampoo dan Body Wash hanya RM33 sebotol, ni batch mula2 ye, skrg penutup warna lain.
Sangat yang buat saya setia dengan Marine Essence ni adalah waktu Aleesya kena ciken pox. Waaaaa...masa tu sedih tengok, sebab seluruh badan dia termasuk muka ditumbuhi biji ciken pox. Masa tu dah risau sgt2 kalau parutnya kekal dan tak hilang. Tapi selepas seminggu, saya dah mula apply Marine Essence setiap kali mandi. Alhamdulillah dengan izin Allah, parut dekat muka yang paling cepat hilang. Parut di badan tidak lah 100% hilang lagi, tapi dah banyak pudar.
Ni gambar masa hari kedua detect kena ciken pox. Sedih pulak tengok gambar ni.. :')
Jadi, hingga ke hari ni, kami sekeluarga memang tak miss stok Marine Essence kat rumah. Buat kegunaan harian. Banyak lagi cerita best yang nak dikongsi. Tapi cukuplah untuk kali ni. Next time saya nak kongsi tentang kisah bagaimana Marine Essence Shampoo atasi masalah rambut gugur dan kutu anak.. InsyaAllah..