Tuesday, November 11, 2014

Pad Selepas Bersalin

Assalamualaikum

Juz nak share tentang pad selepas bersalin.

Kebiasaannya selepas bersalin, nurse akan pakaikan pad bertali kerana ianya lebih mudah dipakaikan dan ditanggalkan. Selepas bertarung nyawa melahirkan, ibu2 tak mampu nak berdiri apatah lagi nak pakai pad dengan sendirinya. So..pad bertali ni boleh dipakaikan sewaktu ibu masih terbaring di dalam labor room.

 ni lah rupa pad bertali yang nurse pakaikan tu...(kredit to: en google)

Tapi, biasanya pad bertali ni akan senget benget kedudukannya. Maksudnya ia tak tetap, boleh menyebabkan kebocoran yang sgt dasyat. Huhu (ini berdasarkan pengalaman saya sewaktu selepas bersalin). Redha je lah sebab kita pun tak mampu nak pakai sendiri. Hari pertama selepas bersalin, memang akan kotor cadar hospital.. 

 ni maternity pad yang dicadangkan oleh kakak saya untuk digunakan sepanjang berpantang selepas bersalin (kredit to: en google)

Gambar di atas ni pulak adalah maternity pad yang biasanya dicadangkan buat ibu2 selepas bersalin. Sewaktu bersalin anak pertama dulu, 4-6 jam selepas bersalin, selepas cuci dan mandi, saya memang guna maternity pad yang ni la.. Tapi ia bukan feveret saya.. Selepas seminggu lebih, saya gantikan maternity pad dengan pad biasa yang digunakan sebelum mengandung. 


ni pulak pad herba yang digunakan sepanjang berpantang selepas bersalin anak kedua

Sewaktu besalin anak kedua, hari pertama memang takleh elak, saya dipakaikan pad bertali seperti biasa. Ketika mandi dan cuci segala kotoran darah bersalin, terus saya gunakan pad herba ni. Rasanya yang sejuk berangin (disebabkan kandungan herba pada pad ini), buat saya rasa lebih segar. Kotoran dan darah keluar dengan lebih banyak (perlu ditukar dengan kerap di awalnya). Yang penting, lambat bocor, tetap pada kedudukan. 

InsyaAllah, bersalin kali ketiga nanti pun (dijangka next year, 2014), saya memang takkan bertukar, masih lagi setia nak guna pad herba yang sama ni. Boleh juga digunakan untuk normal period. 

Saya ada banyak stok, memang sengaja amik stok lebih, untuk adik beradik perempuan saya, untuk kawan2 rapat saya juga. So, sesiapa yang berminat, boleh sms/whtsapp saya ye. --> Nas, 019-9171283

4 tahun berkahwin

Assalamualaikum

Mata tak boleh nak lelap pulak dah lewat malam ni.. So, jom kita bersihkan sawang2 yang dah bermaharajalela di blog2 ni. Huhuhu. Nampak sgt kemalasan tuan tanah ni.

Pikir punya pikir apa entry nak boh kali ni.. Ha...teringin la nak flash back memori me & Mr. Feruz since baru kawin sehinggalah tahun keempat kitorg bersama suka dan duka. Hehehe.

Godek punya godek kat FB, ternampak la pic raya setiap tahun dari tahun 2010 sehingga lah tahun 2014. So, meh nak share sket.. Kalau korang tengok mmg akan nampak la kekembangan tuan tanah ni..Mr. Feruz pulak semakin mengecut.. Waaaaa.. teringin pulak nak kembali selim gitu. Tapi mcm mustahil pulak memikirkan dua tahun sekali je bersalin. Hehehe

Ini pic raya paling latest la. Raya pertama di Kedah..rumah i la..hehe.. yey. i dah ada anak dua.. ;)

Raya tahun 2012 di Bentong, rumah mentua. Masa ni Qayyum masih dalam perut..kecik lagi.. 

Raya di Kedah tahun 2011, beraya dgn anak pertama, Aleesya. Selimnya i waktu ni.. Huuuuu

1st time sambut raya sama2, tahun 1st raya suami isteri.

Eh, tak jumpa pulak mana pic raya tahun 2013. Heran ni... Mybe kitorg tak bergambar raya 2013 sebab kitorang hanya recycle baju raya tahun 2012 tu je. Waaaaa..sedih betul.. ;p

Tapi apa pun, Alhamdulillah, masih diberi kesempatan, dipanjangkan umur utk bersama suami dan anak2 sehingga tahun keempat ni. Tipu lah kalau sepanjang perkahwinan kitorang tak pernah gaduh. Tapi gaduh2 tu menambahkan erat hubungan suami isteri (walau masa bergaduh, rasa geram yg amat..huhu). 

Semoga tahun2 mendatang, keluarga semakin berkembang dan sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.

Aminnnnnnnnnnnnnn... ;)