Tuesday, March 10, 2015

Cara Semulajadi Hilangkan Kelopak Garam @ Gegata

Assalamualaikum

Entri kali ni khas tentang Kelopak Garam atau jugak dikenali dengan nama gegata. Sebenarnya tetiba timbul rajin nak buat entri pasal ni sebab anak opismate yang dah lebih seminggu diserang Kelopak Garam ni.

Sambil2 dia dok mintak pendapat kwn2 opis macam mana nak hilangkan kelopak garam ni, sambil dia dok men'google' apa yang perlu dibuat.


Apa sebenarnya kelopak garam ni?

Contoh kulit yang dijangkiti Kelopak Garam: Gambar ihsan google dari shuhaidablog.blogspot.com


Kelopak garam ni berpunca disebabkan oleh samada alahan atau bukan alahan. Alahan ni maksudnya alahan kepada makanan, ubat, cuaca sejuk, atau sentuhan dengan apa-apa benda alahan. Bukan alahan ni maksudnya samada terkena sengatan, bisa binatang, jangkitan, tekanan pada bahagian badan atau cahaya matahari.

Kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak, kadangkala terjadi pada orang dewasa jugak.

Cara rawatan semulajadi bagi kelopak garam ni, ada yang kata mandi dengan air garam. Ada juga yang mencadangkan dilumurkan dengan garam kasar ditumbuk bersama kunyit. Mak aiiiii.. kalau kita yang dewasa ni agaknya boleh la kot tahan pedih kulit kena buh kunyit dan air garam ni. Tapi kalau anak-anak? Agak2 meraung tak diorang? Heheheh. Tapi memang kebiasaannya petua orang-orang tua ni berkesan dan mujarab la kan.. (dengan izin Allah SWT).

Selain dari tu, cadangan rawatan untuk sakit kelopak garam ni

a) elakkan dari persekitaran atau makanan yang boleh menimbulkan alahan ni la.
atau
b) dapatkan antihistamin, yang mana bersifat menentang penghasilan histamin yang boleh menyebabkan timbulnya alahan.

Selain dari kesemua cadangan rawatan di atas, ada satu cadangan alternatif yang menggabungkan rawatan semulajadi dengan moden.

Ni la dia... Produk penjagaan kulit Marine Essence dengan Bamboo Salt

Kenapa saya kata ianya gabungan semulajadi dan moden? Sebab produk Marine Essence ni ditambah dengan garam buluh, yang mana garam buluh ni bersifat antibakteria yang mana boleh bantu mengurangkan masalah kelopak garam ni. 

Takde kandungan sabun, takde paraben, bebas bahan kimia yang mana sangat2 sesuai untuk kulit yang sensitif pada bahan kimia. So, anak-anak pun tak pedih jika dimandikan dengan beauty bar atau body wash Marine Essence ni, menyejukkan dan menyegarkan kulit dan juga mengawal kelopak garam ni dari merebak. 

Sekotak Marine Essence Beauty Bar ni ada 3 ketul sebesar tapak tangan. InsyaAllah tahan lama jika kena dengan cara penggunaannya. Juga ada liquid form iaitu body wash. 

Bolehla kiranya mempertimbangkan untuk menggunakan Marine Essence ni sebagai mengawal kelopak garam dari merebak teruk ye. 



Nas
0199171283

Monday, March 2, 2015

Testimoni Mineral Coffee

Assalamualaikum

Hai Mac 2015! ;)

Cepat betul masa berlalu, dah pun masuk bulan ketiga tahun 2015. InsyaAllah bulan depan dah nak berjuang bersalin anak ketiga. Doa sgt2 supaya semua dilancarkan dan dipermudahkan..

Malam ni nak share testimoni hangat baru terima petang tadi.

Minum Mineral Coffee menjadi asbab bagi merendahkan tekanan darah tinggi?



Walaweiiiii..patut la diordernya berkotak-kotak. Hehehe

Apa agaknya kandungan Mineral Coffee ni ye?

Mineral Coffee Hai O ini ditambah khas dengan garam buluh, yang mana garam ini sangat lah berbeza dengan garam biasa yang digunakan di dalam masakan kita.

Garam buluh terhasil dengan cara membakar garam di dalam buluh hingga menjadi serbuk dan ketulan garam. Garam buluh yang dibakar ini telah disingkirkan bahan berbahaya (contohnya logam berat dan bahan kimia) dan dalam masa yang sama telah ditingkatkan kandungan nutrisinya.

Specialnya garam buluh ini bagi pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi adalah kerana garam buluh ini mempunyai kandungan natrium yang sangat rendah dan tidak akan mempengaruhi tekanan darah.

Manakala, kandungan mineral yang tinggi dalam garam buluh juga membantu membaiki kesihatan kita.

Apa kesan Mineral Coffee ni sebenarnya?

  • Ia kaya dengan unsur anti-pengoksidaan (hehe. so..minum Mineral Coffee boleh awet muda kott)
  • Kaya dengan mineral contohnya magnesium, kalium, zat besi dan kalsium
  • menghilangkan keletihan fizikal dan mental
  • Melegakan tekanan
Cara Bancuh Mineral Coffee?

Bancuh sebungkus Mineral Coffee ni dengan 150ml air panas. Kacau rata dan minum!
Ngam2 sedap, pekat, rasa berlemak tapi tak manis. Adik2 saya yang sedang belajar di USM dan UPM setiap hari breakfast dengan Mineral Coffee untuk kekal cergas dan bertenaga. ;)

So, bagi yang belum try lagi, try la sekotak dulu...insyaAllah jatuh cinta nanti. ;)

Jom, whatsapp or telegram saya di 0199171283