Assalamualaikum
Okay, bersiaran setelah 49 hari selamat bersalin anak ketiga. Alhamdulillah.
Nampaknya trend tuan tanah ni, dia mmg suuuuuka la sgt muncul ketika lepas bersalin setelah menyepi. Hehehe.
Bukan apa.. iyelah, masih dalam maternity leave, so sementara anak tido, bulehla mamanya online kejap.
Pejam celik, dah hampir 5 tahun usia perkahwinan saya dan suami, kami dah dikurniakan 3 orang cahaya mata.
Saja nak share pengalaman bersalin kat sini, sebab saya pun suka sgt dok google pengalaman bersalin ibu2 lain waktu menunggu hari aritu. Berdebar rasa sebab saya bersalin pada minggu 41. Hampir diinduce. Huhuhu. Tapi apa pun Alhamdulillah, semuanya lancar, dipermudahkan oleh Allah.
Ni kronologi kelahiran yg ditunggu2 tu.
11/4/2015 - Kalau ikutkan, ini lah EDD mengikut scan. Disebabkan saya lupa bila tarikh hari 1st period sebelum tu. Hari ni datang check up Klinik Kesihatan Jitra, tapi belum ada apa-apa tanda. So, nurse bagi masa seminggu lagi sehingga 17/4 sebelum diinduce if tak bersalin lagi.
12/4/2015 - Setiap pagi kena check up kat klinik, utk check jantung baby. So, layankan je la..
13/4/2015 - Klinik lagi. Lepas tu pegi pusing2 Giant nak soping pampers budak berdua ni. Niat nak bagi jalan cepat terbukak jugak. Siap membeli power bank lagi, kot kena warded. Haha
14/4/2015 - Masih takde apa2 progress. Cuak gila dah.. Google pasal induce, sakit ke tak.. OOoohh.. Masa ni solat hajat, doa byk2, suruh mak mentua doakan supaya baby keluar naturally, mintak hsband buatkan air selusuh bagai
15/4/2015 - Bangun pukul 5 pagi, pergi toilet, tgk2 ada lendir darah. Wahhhh..seronok gila sbb dah ada tanda-tanda nak bersalin dah. Hehehe (Malam semalam sebelum tido, minum air selusuh yg hsband buatkan). Lepas tu, kejut hsbnd bgtau, dan dah mula rasa mild contraction yg tak tetap. Pukul 7 camgitu, husbnd ajak pi spital jugak sementara anak2 belum bangun. Kang kalau dah bangun, mengamuk pulak nak ikut.. Tapi saya buat degil, lambat2 siap beg, ajak singgah kedai mamak nak breakfast dulu la. Siap pujuk ajak pegi Tesco lepas tu, tapi hsbnd taknak, takut terberanak kat situ pulak. Haha. Pukul 9 lebih camgitu dah smpai spital, masuk buat VE dan CTG. Alaaaaaa... rupanya baru 2cm. Contraction pun tak berapa kuat lagi. So, request kat nurse nak balik dulu lah... huhuhu..
16/4/2015 - Akhirnya contraction hilang camgitu je malam semalam. Waaaa..sedih i.. Dah excited dah nak bersalin tanpa induce. So, takpela..pi check up kat klinik lagi. Beria la pot pet potpet mengadu kat nurse yang sakit tu tetiba hilang camtu je. Hehehe. Nurse klinik senyum2 je la. Balik rumah, rehat2, tido petang.. Lepas Asar tu macam dah terasa balik sakit contraction tu. Tapi senyap je dulu sbb takut False Alarm lagi.. Malu kat mak n hsbnd nnt. Hehehe. So layankan jela.. Makin lama makin kerap. Dari pukul 5 lebih sampai pukul 9 malam camgitu contraction makin kerap, tapi control pernafasan, bertenang, layankan je. Makan nasi, mandi (squat dalam tandas, nk bagi jalan lagi cepat buka), layan anak2, tgk tv. Sebenarnya dah boleh dah nak ke spital, tapi masa tu memang sengaja lambat2 kan sebab nak tidokan budak berdua tu dulu. Dalam pukul 11 camgitu baru ke hospital.
11.10 malam - sampai, nurse buat VE, rupanya dah 7 ke 8cm camtu dah. Hahaha. Siap nurse cakap, awk ni relaks je, muka senyum2 macam tak sakit je. Alhamdulillah..Allah mudahkan urusan..sakit yang boleh ditahan lagi.. Hehe
11.15 malam - terus masuk labor room, tukar baju bagai, nurse pasang CTG, baring je la atas katil. Muka relaks je la lagi. Boleh tahan lagi. Kawal pernafasan je.
11.30 malam - Sorang nurse datang, masukkan drip, bagi kuat sakit supaya proses bersalin nnt mudah. (agaknya tengok muka patient yg sorang ni cool ja kan..huhu)
11.40 malam - Okayyyyyy, dah mula rasa mcm nak meneran sangat dah. Jalan dah terbuka tapi nurse pesan jangan teran lagi memandangkan kepala baby masih jauh. Husband pun dah dipanggil masuk. Yey... Best2 sebab buleh teman bersembang..(konon je la). Bila husband dah masuk tu, dah peluh menitik2 dah lama kesejukan aircond dalam labor room tu. Ayat pertama hsband tanya "sayang, sakit ke?" aiyokkkkk, husband ku ni.. Ni dah anak ketiga dah kot, sebelum ni tak penah tanya cmtu pun. Tapi kali ni rasa sakit nya berbeza, tak tahan gila nak push. Siap ckp kat nurse, please bagi saya push. Hahaha. Merepek betul. Siap merayu kat husband yg ni anak last. Amazing nya, husband setuju! Haha. Tapi dalam sakit2 nak push macam tak tahan sgt nak berak tu, siap suh husband reply whtsapp sorang customer yg dah siap buat payment nak beli Vitamin C dan Alfafa. Bila dikenang mmg sgt kelakar.
12.10 tengah malam (17.4.2015) - Dah pun selamat melahirkan baby, setelah 2 or 3 kali push kot. Emmm..dah tak ingat, tapi yg pasti Alhamdulillah, sekejap je proses nak push baby. Cuma baby terbelit tali pusat, nurse sempat la potong tali pusat sebelum baby keluar sepenuhnya. ;)) Lega sangat2 waktu tu. Lepas tu episod layan nurse jahit, katanya sikit je terkoyak. Maybe sebab nak sgt push awal sebelum kepala baby turun sepenuhnya.
Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT dengan kasih sayang dan limpah rahmat dari Nya, semuanya berjalan lancar dan selamat tanpa diinduce, baby boy lahir dengan berat 3.35 kg. Bermulala breastfeeding journey ku, episod berpantang dengan supplement Shaklee juga tak lupa juga dengan jamu. Dan yang paling gembira tak terkata, baby keluar pada tarikh lahir abangnya Qayyum. Qayyum 17/4/2013, baby 17/4/2015. Alhamdulillah..... ;)
CikNas bercerita
- Aleesya Dania (16)
- anak ketiga (1)
- bisnesku (2)
- cara bancuh mineral coffee (1)
- familyku (4)
- gastrik (1)
- gegata (1)
- hati dan perasaan (14)
- i luv food..nyummy (9)
- kelopak garam (1)
- kesihatan (1)
- Kopi Garam Buluh (1)
- kulit sensitif (2)
- Maharani (1)
- Marine Essence (2)
- Marine Essence Beauty Bar (3)
- maternity pad (1)
- migrain (1)
- Mineral Coffee (3)
- minum kopi rendahkan tekanan darah tinggi (1)
- nuffnang (1)
- pad bertali (1)
- pad herba (2)
- pad selepas bersalin (1)
- Pantyliner Avail (1)
- parut ciken pox (1)
- pengalaman bersalin (1)
- pregnancy (18)
- sabun hijau (2)
- sabun ketiak (2)
- saja-saja (8)
- sembelit (1)
- Shaklee (1)
- Shaklee Independent Distributor (1)
- Shaklee Kuantan (1)
- Sharing is Caring (2)
- weekend (3)
1 comment:
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)
Post a Comment