Monday, May 3, 2010

segala yang berlaku pasti ada hikmahnya

Saya tau awk sedih..saya tau awk kecewa..saya tau awk rasa sesal..TAPI awk harus redha dan kuat menerima takdir Allah S.W.T. kerana segala apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Tu janji Allah pada setiap umatnya yang bersabar. Saya tau awk seorang yang kuat dan tabah. Awk seorang yang sangat baik dan jujur, sbb tu Allah nak uji awk. Berat mata saya memandang, tp saya tau berat lagi bahu awk yg memikul..Tak perlu salahkan diri awk atas apa yang berlaku kerana kita semua tak tau apa yg akan kita hadapi pada masa2 akan dtg.. Apa yg penting adalah awk hanya perlu lebih kuat, lebih tabah, membina semangat diri utk berada di samping keluarga awk..sentiasa beri sokongan pada ibu awk. Kerana pada saat dan ketika ini, dia sgt2 memerlukan sokongan dari awk.. Kalau awk lemah, apatah lagi dia..Jgn sekali2 membiarkan dia rasa dirinya lemah tak terdaya. Sbb tu awk perlu kuat. Kalau sekali-kali awk rasa lemah, tak terdaya, pandanglah sekeliling awk, awk masih ada lagi ayah, abang dan adik utk sama2 berkongsi kekuatan. Sentiasa bersyukur atas apa yg berlaku, cari peluang untuk sentiasa membaiki kelemahan diri dan sentiasa lebih dekat pada-Nya. Saya sentiasa doakan awk dan seluruh keluarga awk. ;)

No comments: