Saturday, May 29, 2010

Sel Kanser

Dok sesaje ptg2 ni, aku tertengok la rancangan Halal Bio di Astro Oasis.. Ada cerita mengenai sel2 kanser.. Diterangkan dlm tu ada la bagaimana sel2 kanser diransang pertumbuhannya dan bagaimana nak menghalangnya atau menghapuskan sel kanser. Salah satu info yg paling menarik adalah kita perlu mengelakkan makanan yang akan menambahkan asid dalam badan antaranya adalah daging lembu, kerana daging lembu mempunyai kandungan protein yang tinggi di mana protein berlebihan akan tertinggal pada usus kecil. Lebihan2 protein inilah akan meransang pertumbuhan sel2 kanser..So, utk mengelakkannya adalah dengan kurangkan makan daging lembu, dan gantikan dgn memakan daging ayam atau ikan serta mesti banyak jus sayur-sayuran dan buah-buahan segar utk menambahkan alkaline dlm badan kita. Seeloknya makanlah sayuran dan buah-buahan yang mentah kerana kandungan enzim dlm sayur dan buah akan musnah jika kita masak sayur pada suhu lebih 40 darjah celcius. So..banyakkanlah makan ulam-ulaman. Satu lagi info yg agak menarik adalah meminum air paip adalah akan menggalakkan pertumbuhan sel kanser kerana di dalam air paip mengandungi kandungan heavy metal. Jika air paip dipanaskan sehingga mendidih, ianya akan memusnahkan kandungan mikroorganisma di dalamnya TETAPI ianya juga akan memekatkan kandungan heavy metal di dalam air tersebut! So...sgt bahaya ye..Bagaimana utk elakkannya adalah dengan minum air yg ditapis seperti mineral water, RO water dan air2 yg ditapis dgn penapis yg berkualiti. Tetapi mesti lah elakkan meminum air yg disuling atau drinking water kerana air yang disuling mengandungi alkaline yang tinggi. Ada byk lagi info2 menarik yg terdpt dlm rancangan ni, aku hnya igt yg ini je..juz kongsi dgn kwn2..so..utk lebih yakin, cubalah cari maklumat2 sokongan tambahan ye..mungkin ada yg betul dan tidak betulnya apa yg aku kongsikan di sini. So..sama2 lah kita rajin membaca dan mencari info2 berguna utk kesihatan dan kesejahteraan bersama.

*p/s: rasa bernasib baik sbb sentiasa amalkan minum air yg ditapis dgn bioaura..hehehe

1 comment:

bloggerss said...

info yang agak menarik!! info ni begitu menarik sehingga menarik minat saya untuk terus membaca hingga ke noktah terakhir..
1 lagi yang nak saya kongsikan, penapis air juga jangan pilih yang hanya berkualiti tp pilihlah yang menepati kehendak syarak..;)