Monday, May 31, 2010

Semakin hampir, semakin stress

Semakin hampir dgn harinya, semakin byk tekanan. Samada tekanan sekeliling mahupun tekanan dlm diri sendiri. Pada saat dan waktu ni, baru aku sedar yg aku ni rupanya agak tak pandai mengawal tekanan dlm diri. Bila agak tension, ada masalah dlm pala otak ni, wpun luaran nmpk okay2 je...tp dalam diri ni sgt membuak2..rasa nak muntah dan pening kepala. Pd masa tu jugak, ckp makin merapu, otak melayang2, perut cepat lapar..hati gundah gulana.. Otak taknak membantu hati utk tenang..haishhh...masa2 cmni sgt perlukan seseorang utk 'hilangkan' kekusutan dlm pala otak aku ni..Tp aku yakin Allah amat menyayangi dan sentiasa memberikan limpahan rezki pada hambaNya.

Sunday, May 30, 2010

arggggggggggggggggghh...duniaku berpusing2

Lepas je mandi dan membasuh hari ni..tgh bersiap2 nak gi menyidai baju di luar tetiba aku rasa rumah ni berpusing2..nak berjalan pun susah..tapi utk sedapkan hati aku try gak berjalan keluar rumah, still rasa pusing2 lagi..Apa yg tak kena ni? Aku masuk umah semula sambil tersenget2 berjalan sbb sgt berpusing2 rumah ni. Terpkir gak aku adakah bukan kepala aku yg pusing, mybe mmg betul rumah ni yg berpusing..gempa bumi ke? Smpai je kat ruang tamu mmg aku dh tak balance, dh takleh berdiri dah..aku pejam mata kejap, tarik nafas jap..then bila bangun semula dah okay.. Emmmm...apa jd ye..? Musykil2...

Saturday, May 29, 2010

Sel Kanser

Dok sesaje ptg2 ni, aku tertengok la rancangan Halal Bio di Astro Oasis.. Ada cerita mengenai sel2 kanser.. Diterangkan dlm tu ada la bagaimana sel2 kanser diransang pertumbuhannya dan bagaimana nak menghalangnya atau menghapuskan sel kanser. Salah satu info yg paling menarik adalah kita perlu mengelakkan makanan yang akan menambahkan asid dalam badan antaranya adalah daging lembu, kerana daging lembu mempunyai kandungan protein yang tinggi di mana protein berlebihan akan tertinggal pada usus kecil. Lebihan2 protein inilah akan meransang pertumbuhan sel2 kanser..So, utk mengelakkannya adalah dengan kurangkan makan daging lembu, dan gantikan dgn memakan daging ayam atau ikan serta mesti banyak jus sayur-sayuran dan buah-buahan segar utk menambahkan alkaline dlm badan kita. Seeloknya makanlah sayuran dan buah-buahan yang mentah kerana kandungan enzim dlm sayur dan buah akan musnah jika kita masak sayur pada suhu lebih 40 darjah celcius. So..banyakkanlah makan ulam-ulaman. Satu lagi info yg agak menarik adalah meminum air paip adalah akan menggalakkan pertumbuhan sel kanser kerana di dalam air paip mengandungi kandungan heavy metal. Jika air paip dipanaskan sehingga mendidih, ianya akan memusnahkan kandungan mikroorganisma di dalamnya TETAPI ianya juga akan memekatkan kandungan heavy metal di dalam air tersebut! So...sgt bahaya ye..Bagaimana utk elakkannya adalah dengan minum air yg ditapis seperti mineral water, RO water dan air2 yg ditapis dgn penapis yg berkualiti. Tetapi mesti lah elakkan meminum air yg disuling atau drinking water kerana air yang disuling mengandungi alkaline yang tinggi. Ada byk lagi info2 menarik yg terdpt dlm rancangan ni, aku hnya igt yg ini je..juz kongsi dgn kwn2..so..utk lebih yakin, cubalah cari maklumat2 sokongan tambahan ye..mungkin ada yg betul dan tidak betulnya apa yg aku kongsikan di sini. So..sama2 lah kita rajin membaca dan mencari info2 berguna utk kesihatan dan kesejahteraan bersama.

*p/s: rasa bernasib baik sbb sentiasa amalkan minum air yg ditapis dgn bioaura..hehehe

Tuesday, May 25, 2010

yg dtg dah pergi...

Sikit lagi semester akan berakhir..Semester Januari 2010.. Ini bermakna dah hampir lengkap 6 semester aku berada di Poli, cuba berkongsi dan memberikan sikit ilmu pada yg lain. Cepat tul masa berlalu. Pelajar yg dtg pun dah silih berganti, pelbagai kerenah, perangai dan sikap pelajar. Yg dtg dgn pakej 'lengkap'=cantik+pandai+attitude baik, ada jugak yg sikit 'nakal+bijak but apa2 pun rasa sayu pulak bila mengenangkan diorg dh bertukar silih berganti, aku masih di sini. Semua pergi meninggalkan Poli. Entah akan diingat ke tak lagi diorg pd kami di sini. Takpela, yg penting diorg berjaya 'berjuang' di luar sana dgn sikit bekalan yg mampu kami berikan di sini. Walau tak byk yg mampu diberi, tp sikit sebanyak hrp2nya bulehla membantu diorg semua. Semoga korg semua berjaya mengharungi alam sebenar di luar sana, cukupla berada di zon selesa..keluarlah.. Kuitp sebyk peluang yang ada. Jgn leka! Wish all of u the best. Tahniah dan semoga jumpa lagi!

Thursday, May 20, 2010

21 hari lagi

Tgk kalendar, kira2, ada ler dalam 21 hari lagi nak smpai 'tarikh' tu..uuuuuuuuuuuu..3 mggu lg. Mencabar ni 3 mggu terakhir ni..dlm masa ni ler sgt rasa nak mkn tu dtg menjelma2..takuuutt.. Berat oh berat..jgnlah kau naik kembali..sekurang2 nya wpun kau dh tak turun, kau maintain kan je la.. Ntah kenapa lately asik rasa nak mkn..huhuhu..lapar memanjang..bila naik ats penimbang, mcm masih sama je..tp asik rasa perut membuncit la..ada 'lebih2' tang sana la, tang sini la..aduih.. susah sgguh la nak rasa selesa dgn diri sndiri ni.. masa makan tak hingat..kan dah takut2 cmni.. huhuhuhu..dah la semenjak 2 menjak ni asik2 lepak di luar pd waktu mlm, gi tgk wyg ler, gi tengok kedai kain la, gi dok gerai, minum2 (walhal minum air kosong je)...bila nak mula beriadah semula ni..GET BACK ON YOUR TRACK nas!!! But hope evrything will back to normal next week, kitorg nak mulakan semula kitorg punya kelas senaman petang2..best2..weuuu..tak sbr selasa datang!!!!

Wednesday, May 19, 2010

Minggu exam!

Ayaks...dlm minggu exam ni bukan je student yang rasa nak pecah kepala, ni kepala otak kami ni pun sama je pusing nya...ye la..selesai satu paper dak2 jawab, kena la mula marking..Haaaaaaaaa.. mau taknya dengan tulisan 'cacing kerawit' dan jawapan dikarang berjela2..mata pusing2 nak membaca, menilik satu2 mencari jawapan. Walaubagaimanapun, ada jugak skrip jwpn yg sgt mudah ditanda, tulisan yang cantik dan jawapan yg menepati skema..senang mataku memandang.. Satu ketika dulu, masa mula2 jadi pemeriksa kertas ni..ada satu skrip jwpn yg smpai bila2 pun aku takleh lupa.. Paper M2002-Mikrobiologi Makanan, ada satu soalan berbunyi cmni ler..."Cadangkan apa yang akan terjadi pada biskut jika dibiarkan terdedah selama 1 minggu di atas meja?" Jawapan yang tepat mengikut skema jwpn adalah..."Biskut akan ditumbuhi kulat"..TAPIIIIIIIIIIIII... apa jwpn budak tu..."Biskut akan dimakan semut" ASTAGHFIRULLAH!....HAHAHAHAHA...tu la reaksi aku...;p saaaaaaaaaaaaangat kelakar, ilang la stress aku menanda paper pada waktu itu..

*p/s: siok jugak menanda paper sesekali bila jumpa jwpn yg sgt kelakar gitu..ehhehehe

Thursday, May 13, 2010

stress!

UUUUUUUUUUUu...stress!! jarang2 aku stress cmni..ntah kenapa lately byk sgt rasanya masalah aku..ditambah pula dengan keje opis2 yang semakin menimbun,..ada jugak masalah2 tak logik akal yg lain..kdg2 rasa sgt sudah jatuh ditimpa tangga pulak..aiya..sgt susah hati la...tolong!tolong!..

Monday, May 3, 2010

segala yang berlaku pasti ada hikmahnya

Saya tau awk sedih..saya tau awk kecewa..saya tau awk rasa sesal..TAPI awk harus redha dan kuat menerima takdir Allah S.W.T. kerana segala apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. Tu janji Allah pada setiap umatnya yang bersabar. Saya tau awk seorang yang kuat dan tabah. Awk seorang yang sangat baik dan jujur, sbb tu Allah nak uji awk. Berat mata saya memandang, tp saya tau berat lagi bahu awk yg memikul..Tak perlu salahkan diri awk atas apa yang berlaku kerana kita semua tak tau apa yg akan kita hadapi pada masa2 akan dtg.. Apa yg penting adalah awk hanya perlu lebih kuat, lebih tabah, membina semangat diri utk berada di samping keluarga awk..sentiasa beri sokongan pada ibu awk. Kerana pada saat dan ketika ini, dia sgt2 memerlukan sokongan dari awk.. Kalau awk lemah, apatah lagi dia..Jgn sekali2 membiarkan dia rasa dirinya lemah tak terdaya. Sbb tu awk perlu kuat. Kalau sekali-kali awk rasa lemah, tak terdaya, pandanglah sekeliling awk, awk masih ada lagi ayah, abang dan adik utk sama2 berkongsi kekuatan. Sentiasa bersyukur atas apa yg berlaku, cari peluang untuk sentiasa membaiki kelemahan diri dan sentiasa lebih dekat pada-Nya. Saya sentiasa doakan awk dan seluruh keluarga awk. ;)

Sunday, May 2, 2010

simptom2..

Hari ni 2 Mei 2010, hari ahad..aku mengalami simptom2 food-borne infection.. Tanda2nya adalah abdominal cramp and diarrhea.. Since smlm, perut ni rasa sgt memulas2 n senak tp takla pulak rasa nak ke tandas. Tertonggeng2 aku ats katil. Dah letak habis separuh botol minyak yuyi cap limau (yg dicurik dari kak za n buat reta sndiri..;p)..pastu siap tido meniarap biar perut atas bantal..lama jugak la..siap bertukar posisi utk lebih selesa. Dah pukul 4 pg tapi takleh tido lagi sbb senak sgt..seingat2 aku last skali sakit cmtu pada hujung bulan 1 aritu. Apa yg aku mkn ye... Pagi bfast roti canai segera+milo, tghari mkn sup ayam, pastu mlm pas jadi juri Ladies Nite tu ada la pulak jamuan nasik goreng..Pas mkn nasik goreng tu terus perut ni memulas2.. Kalu ikut perkiraan, utk mendapat food-borne infection, mesti lah memakan mknn yg tercemar selepas 6 jam.. So...maksudnya, mybe aku telah termakan sup ayam yg tercemar! eeeeeeeeeeeee...takkan la sndiri masak pun tak bersih..(ayaksss...mustahil2)..tp mungkin jugak disbbkan oleh ayam yang dh berusia lebih 2mggu berada di dalam fridge tu..huhuhu.. Hari ni pulak dh mula diarrhea, dr tghari td lagi, masuk je mknn, pegi tnds lagi..kalu cmtu takyah mkn la kan..senang crita.. Dah sakit2 cmni teringat pulak masa aku mengajar tajuk Food Spoilage kat budak2..suka je diorg dgn tajuk ni..sbb konon2 leh berangan jadi doktor..heheheh.. dan dgn idea dari topik ni jugak la aku buleh menjawab pada pelajar2 asrama yg selalu sakit perut, katanya keracunan mknn selepas mkn mknn kat kafe.. Ye la..mknn kat kafe yg dimasak dari pg dijual smpai ke mlm hari.. mau taknya sakit perut..sian diorg..takde pilihan.

*p/s: kesian budak2 yg sokmo sakit perut pas mkn mknn kat kafe tersebut. ;'(