Wednesday, June 27, 2012

Rindu Lagi

 Me & aleesya 4bulan ++

Aleesya 1 year 

Lama betul tak belek2 gmbr ber'folder2' dalam laptop ni sbb dh jarang sgt on laptop. Malas! Hahaha. Tetiba terasa nak online guna laptop, so sambil2 tu dok la membelek pic2 lama. Dok tgk2 pic lama Aleesya masa dia still baby. Sooooooo baby.. Kalu compare Aleesya baby dan Aleesya 1year, banyak ye bezanya. Tak perasan dan sedar masa berlalu dgn cepat. Sibuk menguruskan diri dan anak, tak la perasan yg Aleesya dah semakin besar (in terms of age la..kalau saiz, makin kurus ado ler...) Masa Aleesya baby, gebu's jugek la.. Skrg dah semakin kurus. Ke mana hilangnya gebu's dulu2 tu? Wawawawa.. Mamanya saja yg semakin gebu's. hehehee. Aleesya sekarang dah tak rasa seperti baby lagi dahhh.. Emmm..Apa maksudnya di situ ye..? Heeee..sebenarnya, terasa saaaaaaaaaaaaangat rindu nak ada baby lagi.. Tapi mampu ke....? Nak menjaga sorang baby dulu tu pun menangis jugak la menalipon encik abang tu. Kalau nanti nak jaga baby adik dan di masa yg sama nak menjaga Aleesya yg semakin lasak ni, waaaaaaaaaaaaaaaaaa..mcm tak mampu je. Tapi takleh nak hilangkan rasa rindu sgt2 ni. Walau masih kuat ingatan sakit bersalin dan susahnya berpantang, tapi tetap jugak nak anak lagi. Itulah perempuan dan ibu. Kuat semangatnya. ;)) No wonder la kenapa dulu2 masa bujang, selalu heran tgk akak2 yg cerita sakitnya bersalin..tup, tup..nak pregnant lagi. Masa tu sgt2 la kagum dan hairan kan..Tak trauma ke ka? Last2, bila sndiri dah jd ibu, ooooooooooooo... begitu alkisahnya. Sakit tu sakit jugak, tapi sakit yg sedap..Boleh cmtu? Hahahahah.. Maksudnya kat sini, nikmat dan peluang menjadi seorang ibu tu...sangat membahagiakan smpaikan sanggup melalui sakit bersalin (yg sgt2 sakit tu) berkali2.. Alhamdulillah dgn nikmat yg Allah bagi, syukur dgn segala rezeki dariNya.. ;))

Friday, June 22, 2012

Aleesya 1 tahun

Happy 1st Birthday Aleesya Dania Bt. Mohammad Fairuz..;)) Moga membesar dgn sihat dan ceria, menjadi anak yg solehah. Aaaaminnn. Alhamdulillah, bersyukur sgt dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat sama2 sambut hari lahir anakku yg pertama. Tapi tak pasti adakah tahun depan diberi peluang untuk sama2 sambut hari lahirnya lagi. Mudah2an usiaku panjang supaya dpt mendidik dan membesarkannya. InsyaAllah.. Tak sangka masa berlalu dgn sgt2 cepat, aleesya dah pun genap setahun pd 12/6 aritu. Rasa segar lagi ingatan pengalaman melahirkan Aleesya setahun yg lalu. Sikit detik pun rasanya tak lupa. Kalau nak diulang cerita semula, insyaAllah..boleh lagi nak dikongsi dgn emosi yg sama. Hehehehe. Sayang sgt rasa. Tak dpt nak diluahkan dgn kata2. Mcm ni rupanya rasa kasih seorang ibu pada anaknya. Seronok dan bahagia dpt tgk anak membesar dgn sihat, ceria, cergas depan mata. Alhamdulillah.. ;)) Aleesya di usia setahun belum pandai berjalan lagi, namun dah mula nampak skill memanjat. Kerap sgt panjat katil dan sofa dan dah beberapa kali terjatuh dari sofa. Setakat ni, sempatla disambut lagi. Hope next time takde lagi dah. Baru belajar berdiri dan lepas tgn. Maish gayat lagi agaknya nak berjalan. Walaupun lambat sikit, tak kisahlah. Yang penting Aleesya sihat sentiasa. Tapi Aleesya dah pandai tiru apa yg mama dan abah cakap. Suuuuka sgt dgn cat dan jugak Meon. Huhuhu. Semakin kuat makan. Balik school je mesti menjerit2 nak makan. Dan suka sgt berebut nak makan sepinggan dgn mama. Tak sbr nak tgk lagi apa perkembangannya lagi.. InsyaAllah..

Friday, June 1, 2012

Mood Booster

Mood Booster?? Ada ke perkataan camtu? Hahaha. Selalunya dengar perkataan Milk Booster ja bagi ibu2 yang nak bykkan susu badan utk anak. Ni tetiba aku reka istilah sendiri. 2,3 hari ni perasaan gembira semacam, melayang2 terawang2 je. Hahaha. Apa perkara yg menggembirakan tu? Buat masa ni aku rahsiakan dulu. Nanti dah confirm, akan aku sebarkan ke seluruh pelosok kwn2 ku. Dan niatnya jika betul2 perkara menggembirakan yg dinanti2 kan tu tercapai dalam masa terdekat ni, mmg confirm akan aku buat KENDURI KESYUKURAN dan jugak jualan HARGA RENDAH habis-habisan lah bagi meraikan dan menunjukkan betapa gembiranya dan bersyukurnya aku. Wahahah. Tak sabarnya rasa. Bulan June ni jugak dah sedia ada moment2 happy yg akan berlaku. Antaranya ANNIVERSARY, BIRTHDAY aleesya dan jugak insyaAllah jika ada rezeki kami, ada SATU lagi berita gembira bakal menyusul. WAIIIIIIIIIITTT (alamak! bajet mcm ramai yg baca blog aku.. wahaha. takpe2, berangan sudeh sbbnya gembira sgt2..)