Friday, June 22, 2012

Aleesya 1 tahun

Happy 1st Birthday Aleesya Dania Bt. Mohammad Fairuz..;)) Moga membesar dgn sihat dan ceria, menjadi anak yg solehah. Aaaaminnn. Alhamdulillah, bersyukur sgt dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat sama2 sambut hari lahir anakku yg pertama. Tapi tak pasti adakah tahun depan diberi peluang untuk sama2 sambut hari lahirnya lagi. Mudah2an usiaku panjang supaya dpt mendidik dan membesarkannya. InsyaAllah.. Tak sangka masa berlalu dgn sgt2 cepat, aleesya dah pun genap setahun pd 12/6 aritu. Rasa segar lagi ingatan pengalaman melahirkan Aleesya setahun yg lalu. Sikit detik pun rasanya tak lupa. Kalau nak diulang cerita semula, insyaAllah..boleh lagi nak dikongsi dgn emosi yg sama. Hehehehe. Sayang sgt rasa. Tak dpt nak diluahkan dgn kata2. Mcm ni rupanya rasa kasih seorang ibu pada anaknya. Seronok dan bahagia dpt tgk anak membesar dgn sihat, ceria, cergas depan mata. Alhamdulillah.. ;)) Aleesya di usia setahun belum pandai berjalan lagi, namun dah mula nampak skill memanjat. Kerap sgt panjat katil dan sofa dan dah beberapa kali terjatuh dari sofa. Setakat ni, sempatla disambut lagi. Hope next time takde lagi dah. Baru belajar berdiri dan lepas tgn. Maish gayat lagi agaknya nak berjalan. Walaupun lambat sikit, tak kisahlah. Yang penting Aleesya sihat sentiasa. Tapi Aleesya dah pandai tiru apa yg mama dan abah cakap. Suuuuka sgt dgn cat dan jugak Meon. Huhuhu. Semakin kuat makan. Balik school je mesti menjerit2 nak makan. Dan suka sgt berebut nak makan sepinggan dgn mama. Tak sbr nak tgk lagi apa perkembangannya lagi.. InsyaAllah..

No comments: