Sunday, January 29, 2012

Siapa aku tanpaNya

Hari Jumaat malam yg lepas, aku berkesempatan pegi satu ceramah yg dianjurkan oleh AJK2 Kamsis. Menarik tajuknya.. Siapa aku tanpaNya.. Disampaikan oleh Ustazah Nik Marini..Kalu tak slh aku lah.. Terlupa pulak namanya. Tapi apa yg disampaikan, harap2 aku tak lupa smpai bila2 dan jadikan pegangan hidup aku. InsyaAllah.. Antara menarik yg dismpaikan adalah peringatan betapa jauhnya kita sbnrnya dr Allah S.W.T. Betapa kita tak kenal pencipta kita krn kita masih lagi alpa dan melakukan perkara yg dilarangNya. Bila kita jauh dariNya, kita buat perkara2 yg dilarangNya, mcmana kita nak kenal pada Nya. YaAllah..rasa sgt2 kerdil waktu tu sbb aku pun masih byk sgt silap yg aku buat samada sengaja atau tak.. Huhu. Satu perkara yg disebut ustazah tu ialah mengenai darjat seorang wanita. Memandangkan ceramah pd malam tu dihadiri oleh semua penghuni perempuan je..ustazah ada menyebut supaya semua wanita menjaga batas aurat seperti yg disyariatkan. Ustazah minta semua mencari sndiri apa batas2 aurat yg sebenar2nya. Sbb kata usatazah tu lg..ilmu yg susah dicari lebih melekat dlm hati berbanding ilmu yg mudah diperolehi. Berbekas jugak dlm hati ni sbb aku pun masih byk kekurangannya dlm menjaga aurat ni. Huhuhu.. Antara lain yg sgt menarik hati aku bila ustazah kata dia bukanlah ibu atau bukanlah hendak menjadi ibu pada semua tp dia adalah seorang ibu pada 4orang anak perempuannya, mlm tu dia bawak anak2nya bersama..so dia menyeru pd anak2nya utk menjaga maruah, aurat wanita sbb katanya jugak..3 orang anak perempuan yg solehah boleh menjadi pendinding api neraka buat ibu mereka. Terharu dan tersentuh sgt bila dia menyeru anak2 nya utk bantunya di akhirat nnt. YaAllah.. aku doa moga aku ditetapkan hati dan dikuatkan iman supaya aku boleh juga bantu mak nnt. Dan aku jugak berdoa sgt2 moga anak perempuanku ini jd anak yg solehah supaya dia pun boleh bantu aku nnt. InsyaAllah.. mudah-mudahan.. aaaminnnn

No comments: