Thursday, February 17, 2011

~teringin la pulak~

Aduuuuhhh...teringinnya..tp bukan teringin nak makan..
Tapi....
Teringin nak pakai cantik2 n comel2
Rasanya dah lama sgt sejak2 kahwin ni..
Tambah2 bila perut ni dh makin besar
Rasa saaaangat selekeh..
Huuuuuuuuuuuu...............
.......Weekend ni nak pi mencari baju baru lah....
Yang comel2..yang kiut2...
Hehe..

Wednesday, February 16, 2011

dah lama la tak masak laksa

Nyum nyum...tringin pulak nak mkn laksa

Dah lama sgt dh ni tak buat...

Emmm..pkir2 nak buat lah..

Tp bila ye..Alang2 tu igt nak ajak 2,3 org kwn2 dtg makan lah.

Ok! Nak set time lah...Emmmmmmmmmmmm..sedapnya..;p

Tuesday, February 15, 2011

Hidup perlu berkorban?

Aku di sini di atas pengorbanan org lain, perlulah jugak aku berkorban utk org lain sepanjang hidup aku...

Mungkin ini satu2nya cara utk aku membalas budi dan jasa mereka yg telah byk berkorban utk aku...

Itu adalah realitinya tp kenapa hati ini susah utk terima n redha atas pengorbanan ni?

Emmm...ya, mungkin kerana aku tak sekuat mana. Luarannya nmpk sgt kuat tp dalamannya sgt lemah..

Ya Allah, tolonglah bantu hamba Mu yg lemah ini utk melalui segala dugaan dan cabaran Mu kerana aku rasa tak mampu utk hadapinya tanpa bantuan dari Mu...Bantu lah hamba Mu ini utk redha dan ikhlas dalam setiap yg dilakukan..

Sesungguhnya aku yakin dengan hikmah Allah yang BESAR yg menanti aku di kemudian hari.. InsyaAllah...

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul..

Jom sama2 menghayati dan memahami sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. serta perjuangan baginda menyebarkan Islam sehingga membolehkan kita melaluinya skrg.

Tak ramai drpd anak2 muda skrg (including me..huhu) tak begitu mendalami kisah2 perjuangan Nabi2 terdahulu terutamanya Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Jarang sekali seorang ibu atau bapa membacakan kisah2 Nabi pada anak2 atau jarang jugak ibubapa yg membelikan buku2 kisah Nabi utk anak2.. (Masih ada lagi yg berbuat cmni..Alhamdulillah).. Ini juga peringatan utk diri sendiri..

Seiingat aku..ketika aku n kakak masih kecil dulu, ayah rajin membelikan buku2 kisah Nabi terdahulu.. setiap buku mempunyai banyak kisah2 yg boleh dijadikan pengajaran dan panduan.

Itu sajalah cara bagaimana nak sampaikan kisah2 perjuangan Nabi dalam mengembangkan dan menyampaikan Islam sehingga kita dapat melaluinya dengan mudah sekarang.

So, sebagai peringatan and nasihat utk diri sendiri jugak, nak lah jugak kiranya aku tanamkan kecintaan terhadap Nabi kepada anak2 aku..InsyaAllah..

Monday, February 14, 2011

ouchh..cucuk kancing gigi

Hari ni check up lagi utk monitor weight. Alhamdulillah..berat semua okay ja..Tak perlu la minum air gula. Yeayy!! Hb, BP semua okay.. So..takde msalah buat masa skrg. So...hari ni jugak dh genap 23 mggu 1 hari, so mari lah dicucuk! yeahh.. seram sejuk jugak sbnrnya sbb dh lama tak dicucuk. Hari tu pun amik darah dicucuk jugak tp dikeluarkan darah. Kali ni dicucuk dimasukkan vaksin. Utk prevent kancing gigi. Dolu2 masa form 3 kan dh penah kena cucuk ni.. Kalu tak salah aku namanya tetanus toxoid..(betui ke dak ntah..hehe) Igtkan skali tu ja. Rupa2nya masa pregnant pun perlu dicucuk lagi. 2 kali lagi tau! Haishh..so next month kena la lg.. Pedih bedenyut2 jugak lepas dicucuk, ditambah lagi rasa lenguh2 di bahu ni. Nurse ada tnya "dah rasa baby gerak ke?" mesti la dah rasa kan..so..baru la diorg decide nak cucuk. Apa reasonnya ek..rupanya diorg juz nak pstikan yg ibu dh dpt rasa baby bergerak, so pasni in case lepas cucuk, if ibu tak dpt rasa baby gerak2..takdela nurse dislhkan. Okayla tu kan. So, berat semasa adalah 55kg. Target kenaikan tidak lebih 10kg. Berazam!

*emmm..terlalu gembira berat okay, terus ja pi beli nasik lemak..hehehe.. pasni mesti kawal pengambilan mknn!

Sunday, February 13, 2011

I've lost my ring..:(

Mcm mana la aku buleh careless sgt ni.. Cincin tunang aku merangkap cincin feveret aku buleh hilang! Smpai skrg rasa cam tak boleh terima. Masih terpkir2 kat mana la tercicir cincin tu. Seigt aku masa keluar dgn en feruz smlm, kitorg sggah zohor kat masjid, masa tu la aku tggalkan cincin n jam masuk dlm beg sbb nak amik wuduk.. Sedar2 dah pas solat tu, cincin dh takde, jam ada la pulak. Cari setiap ceruk dlm masjid takde pulak. Emm..mmg rasa sgt bukan rezki aku. Satu lagi tmpt yg mybe aku tercicir cincin tu..emmm..rasanya kat restoran masa kitorg makan. Masa tu pun aku tggalkan cincin n alih ke tgn kiri. Tp seigt2 aku la..aku dh sarungkan semula kat jari di tgn kanan before keluar dr restoran tu. Pnya la chaiyuk2 nak cincin tu kan..hari ni kitorg pi semula restoran tu tp dah kata bukan rezki kan, restoran tu tutup la pulak. Aduuuhh..kecewanya rasa. Syg sgt cincin tu. Bukan sbb harga ke apa..sbb sentimental value yg takleh diganti lagi dah..

*sedih lagi...+ rindukan en feruz jugak..dia dh balik dh..:(

Friday, February 11, 2011

dh kelihatan n berperasaan seperti mengandung

Hampir mencecah ke 23minggu, aku dh mula kelihatan dan dah mula berasa seperti ibu mengandung. Perut ni dh sgt tak boleh sorok lagi dh.. Dh mula bertukar uniform dh..(tp masih perlu membeli lagi). Agak sukar ye nak mencari baju yg sesuai n dlm masa yg sama cantik dipakai. Berjalan sikit pun dh mula rasa semput, makan pun dh penuh sepinggan, dh selalu berpeluh2.. Badan pun dh mula mengembang. Tidur malam pun dah mula terganggu (selain dari kerap ke tandas), dh mula rasa tak selesa dh ketika baring ats katil. Nak terlentang pun salah, nak mengiring pun tak berapa kena. Bila terlentang, sgt2 dpt rasa baby bergerak dgn kuat smpai rasa sikit ngilu n seriau. Bila mengiring pulak takut baby terpenyek..hehe.. susah jugak kan.. And yg paling tak tahan bila kaki dh mula cramp. Huuuuuuuuuuuuuuu..dh la tido sorg2, terjaga pulak pepagi buta sbb cramp betis.. Aduuii, sakitnya smpai berbekas ke pagi, nak pijak lantai pun susah. Rasa sengal2 di betis. Entah normal or tak bila terlalu kerap pulak rasanya baby ni bergerak.. Tambah2 hari ni bila aku kerap bergerak turun naik tangga mengemas meja opis. Tetiba je perut rasa menyucuk2, menarik2 kat dlm..mula2 buleh la tahan lagi..Last2 tu bila rasa nyucuk tu kuat sgt kt dlm tu hingga hampir menitik air mata ni..barula aku decide nak gi klinik. Tp bila naik je kereta nak ke klinik, dh mula ilang rasa menyucuk2 ni.. Bila smpai je depan klinik, aku turun sat tnya doc lelakior pompuan kat dlm tu..bila org kat kaunter tu ckp doc lelaki, terus tak jd check up. Heee..mesti la doc scan japlagi kan..so..taknaklah. Balik je lah.. Berehat kat umah je.

*time2 ni rasa sgt memerlukan husband di sisi.. :(

Sunday, February 6, 2011

5month1week5days

Hari ni dh cukup 22mggu..Alhamdulillah..semakin hari perut pun semakin besar.. Dh dpt rasa baby bergerak dgn aktif skali dlm perut ni.. Especially bila time baring nk tido mlm2.. hepi sgt. Semoga baby sihat kat dlm. Berat pun dh naik dgn jayanya sekali seiring dgn selera mkn yg menggebu2 sejak 2 menjak ni.. Tgh dlm cubaan nak kurgkan sket supaya baby tak overweight. Berazam supaya berjaya! hehehe... Pic sebelah ni masa dh 5bulan 1mggu 5hari. Nmpk tak perut tu? mcm dh terbonjol sket.. Bajet2 masa beli baju tu..rasa2 cam baju tu dh cukup besar, buleh la pakai smpai sarat.. Tp sgguh perasan ye.. tidak mngukur baju di bdn sndiri, ntah ukur baju kat badan sapa, jdnya baju tu hanya muat2 di waktu 5 bulan ni.. Kalu dh masuk 6 bulan, tak diketahui lagi padan ke tak.. Tp konsepnya, selagi boleh, pakai aje..nnt dh tak boleh, simpan kat dlm almari, pas bersalin pakai la kan.. (kalu berat kembali ke asalan la). Perasan sumthing dlm pic ni tak selain dr perutku yg terjojol? kikikiki...me n my husband sengaja pakai baju sama warna. Saja nak romantik2..(wpun byk kali paksa en feruz pakai baju tu) at last dpt la snap 2,3 keping pic utk kenang2 an...especially during pregnancy..;) Oooo..ada lagi cter, tp taknak crita skrg la.. bg hint2 saja.. kitorg dh 50% tau gender baby..tp blum boleh dihebahkan..nnt2 la..

Monday, January 31, 2011

yey! esok balik kedah

Skrg aku tgh siap2 packing brg..Awl2 pg esok insyaAllah nak balik Kedah.. Dh hampir 4bulan tak balik...Best2..Mesti malam ni tak lena tido. Sbb hati berbunga2 riang...

SO.....

Takleh la nak abiskan masa kat sini lama2 sbb nak gi siapkan semua brg2 masuk dlm beg.. Yuuuu.. Mlm ni jugak nak siap2 apa yg patut utk bawak bekal gerak pagi esok..;)) bye2

Sunday, January 30, 2011

picnic at Teluk Chempedak

Plan ni dibuat secara adhoc je..takde perancangan teliti pun.. 2 hari lepas ja terus terlintas nak gi picnic sama mal, ila n ecah.. cdgnya nak masak2 n makan kat tepi pantai.. Kalu mengikutkan cuaca yg tidak menentu di Kuantan ni, nmpknya hujan sepanjang hari je dlm mggu ni. Tp dsbbkan gigih nak berpiknik jugak, kitorg redah je. Pg2 lagi aku dh bgun goreng bihun n kopok utk dibawak berpiknik.. Hoyeeeh..sebgkus bihun berjaya digoreng. Msuk dlm bekas semua, tutup kemas2, bawak sekali pggan n cwn kertas.. Air akan disponsor oleh mal.. Cik ecah kata nak bawak puding, cik ila pulak tak pasti la samada nak bawak buah kot. Sbnrnya since subuh lagi aku dh dgr ujan renyai2 kat luar tu tp dsbbkan nak jugak berpiknik, so biarla..yg pnting ada back up plan kan. Dan mmg sesgguhnya hujan smpai la ke time kitorg nak keluar tu. So, our back up plan adalah berpiknik di bwh pondok mcD saja.. seronot jugak lah wpun kelajuan angin yg bertiup boleh menerbangkan segala pinggan2 n cwn2 kertas kitorg.. Tp dgn azam n tekad, berjaya jugaklah piknik kitorg ari ni..syiok2..lenkali nak piknik lagi lah. Tp nak pastikan buleh piknik betul2 tepi pantai lah. weehuuu..;)

~letih rupanya godek2 blog ni~

Aduiii..letih mata ni menggodek2 blog ni.. Nak bg cantik n nak tambah ads utk masuk income jugak..hehe (org lain da lama buat, kita baru terkedek2 nak buat).. tp tak reti pun..huhuhu.. nmpk sgt buta i.t. ada sapa2 yg buleh tlg tak? cmna nak add nuffnang ads tu? tak buleh2 lagi ni..penat dah ni..

teringin macam2

Cekodok pisang..dis one very nyummy, byk pisang n kurg tepung..

Nasi ayam..terlebih kunyit so nasik dia agak kuning ye

sekali makan, nah sepinggan penuh..huhu

Ayam goreng berlada

Gulai Udang Galah

Bila teringin makan mcm2, mula la godek2 dapur cari bahan yg boleh dimasak..sejak perut makin besar ni, aku semakin rajin n suka ke dapur..makan mknn yg dimasak sndiri. Kalu pi kedai ja, taktau pulak nak makan apa..tp kalu masak sndiri, bertmbh2 pulak mknnya.. Dasyat2.. lg takut bila makan masak sndiri kat umah..bsgguh2 makan. Mau tak gemok! kena kurgkan kuantiti nasik la ni..makan lauk2 je la.. Ni dlm pic2 ni semua masakan2 yg aku tingin makan n sempat buat di hari mggu.. Hehehe..tak sedap pun belasah ja..;)

Monday, January 24, 2011

berat terkumpul

Td pagi2 lagi aku dh gi check up utk 5bulan.. Neves2..sbb taktau dlm masa sebulan ni dh berapa berat aku yg naik. Almaklumla..dlm bulan ni berselera jugak aku mkn. Tmbah2 2,3 hari ni asik2 lapar di malam hari. So, neves jugak la..sbb lupa nak timbang pg2 before gi klinik tu. Berat aku di awal2 dpt tau kata aku pregnant adalah 50kg (naik kembali selepas kawin). so...dlm masa before smpai 5bulan ni, terumbang ambing gak la berat tu. Kejap turun, kejap maintainnnn je.. Ada la skali naik 2kilo.. hehe.. sekaligus naik tu.. Last aku timbang masa 4bulan aritu, berat aku 52.5kg. So, hari ni punya check eup..jeng jeng jeng...HAaaaa! nah 54kg... huhuhuhu..dh naik lagi 1.5kg.. Kena bebel jugak dgn misi kat dlm tu wpun aku dpt dakwat biru je..(sepatutnya okay la kan). Kena dtg lagi 2minggu utk monitor weight, takut ada kencing manis katanya. So, aku bertekad, DON'T TAKE DINNER lagi! minum susu je okay...Takut wei kena minum air gula..gugugugu...So, kesimpulannya berat terkumpul sejak mengandung adalah 4KG. Banyak tu..Targetku kurang 10Kg utk kenaikan sehinggalah bersalin. InsyaAllah...;)

Sunday, January 23, 2011

kdg2 rasa sgt tak boleh tahan!

Rasa sgt sedih bercmpur suuuuuuuuuuuunyi yg teramat sgt ditinggalkan sorg2 di sini. Husband takde, family pun takde...Smpai bila akan stay cmni je... Kdg2 hati rasa meronta2, rasa tak sbr, rasa tertekan...smpai terlupa akan hikmah besar yg disediakan olehNya. Tp itulah hati.. Tetap meminta2, merintih, sediiiih sgt... Walaupun raaaaamai lagi yg senasib dgn aku tp hati tetap buta. Hanya memikirkan diri sndiri. Kadang2.. Mcm tu lah hati.. Sedihnya rasa.. Semoga masa depan jauh lebih baik dr hari ini..aaaaminnn..

5 bulan sudah..Alhamdulillah


ni la pic aku waktu betul2 dh cecah 5 bulan..hehe.. tak sbr sgt nak pakai baju pregnant..last2 perut tak besar mana lagi dh mula pakai.. tp jeans ni masih boleh pakai jeans lama masa zmn2 berisi dulu..time ni dah mula rasa mcm baby mula 'kick' tp tak sure sgt..ada rasa mcm denyut2 n gelembung2 angin kat dlm ni.. tmbh2 kalu baring menelentang..lagi la buleh rasa..tp apa2 pun sgt best n rasa tak sbr pulak nak tgk baby.. ;) InsyaAllah..hope semuanya selamat. Aaaaminn

Sunday, January 9, 2011

Syukur ya Allah..

Syukur pada Allah, aku dikurniakan seorg suami yg sgt penyayang dan keluarga (kakak n adik) yg sgt2 memahami.. Thanks abg sbb sentiasa berada di samping saya.. Thanks long n ea sbb selalu tlg aku di kala aku susah.. thanks sbb sentiasa menjadi pendengar yg setia.. Thanks for everything.. Sgt terharu..huuu :'(

*p/s: mood rindu n sedih......huuuu

Tuesday, December 28, 2010

perut dah makin besar!

Dah masuk 4bulan lebih sudah...heheh..Alhamdulillah..dh masuk trimester kedua..mudah2 an kesihatan dan kandungan makin baik..insyaAllah. Aritu cecah je 4 bulan, perut dh mula menonjolkan diri.. Dh mula nmpk da....mcm tak caya pun ada..perut ku kah ni..;p tp siok2.. Maksudnya baby okay kot kan dlm tu...Tak sbr nak tempuh hari2 yg akan dtg pasni..;) Ooohh.. enjoy the moment..yey!

Sunday, December 12, 2010

Alhamdulillah...dh bertambah setahun ;)

12/12/2010----> genap 27tahun umurku.. Alhamdulillah..syukur pada Allah S.W.T kerana dipanjangkan usiaku sehinggalah aku dapat menikmati hidupku sehingga ke saat ini. Sgt2 bersyukur dikurniakan kesihatan yg baik, keluarga yg sgt disayangi, husband yg sgt2 dicintai dan nikmat bakal bergelar ibu. Sgguh besar apa yg dikurniakan Nya. Doaku supaya taklah aku terleka dgn nikmatNya sehinggalah terlupa untuk meluahkan rasa syukurku pada Nya.. Pada ulangtahun kali ni gak 1st time lah aku dpt celebrate dgn encik feruz yg sgt2 disayangi. Yg paling2 best adalah bila encik feruz masakkan burger utk kitorg mkn.. simple but really sweet.



ni lah burger yg en feruz buatkan for diner kitorg..yg sebelah kanan spesel utk dia la sbb ada letak bwg yg digoreng sket

nilah suprisenya! really2 sweet..i LOVE it..next year buat lagi ye abg..heeeeeee
yg sebelah kiri tu hp lama--->kanan tu hp baru..sweet sbb kaler dia pink ^_^

Tak kisahlah kalu tak dpt apa2 present pun utk tahun ni.. Serius takde langsung rasa kecik hati if tak dpt apa2 present.. ;) tp encik feruz dh buat suprise pg ni. Sweet sgt..aku bangun je pg ni nak buat bfast..tengok ada hadiah atas meja..terus rasa terharu. ~Thank u sooooooooo much abg! Saya syg sgt kat abg.. Tp serius saya tak kisah kalu abg tak bg hadiah tahun ni..kita kan nak berjimat nak saving utk baby. Tp kalu abg dah bg, saya terima sbb hadiahnya pun sgt2 sweet.saya suka...~ harap2 en feruz baca la entry ni ye..hihihi..;p

Friday, November 26, 2010

biasala kot kan....

Aku rasa normal la kot kan berat tak naik di awl2 prgnancy ni.. Disbbkan masalah berat tak naik n dhtu turun pulak, aku tpksa la selalu2 ke klinik tu..buat check up.. Heran2, muntah tak..selera makan so far okay..cuma asik2 kekenyangan ja.. Malam mmg la tak mkn sbb siang tu dh mkn byk dah kan..Asik2 merah je buku tu. Rasa mcm report card skolah rendah pulak..ada merah2.. hahaha. takut sgt bila ada tulisan merah situ. Sbb dh tau japlagi kena 'nasihat' dgn misi.. mungkin masih kecik lagi baby dlm perut ni..Nnt dah besar sket mau naik 4, 5kg berat aku sebulan.. :) takpela..sbr menunggu perut membesar..Cmna la ye rupanya nnt..heeeeeee

Wednesday, November 3, 2010

auni, anak menakan sulungku!

auni irdina yg sdg tido....

mama ngah nak amik gmbr dgn auni lah

tomeinya puting..hehe

auni yg shuka sgt muncungkan mulutnya yg ala2 mulut cumil aku..hehe