Sunday, January 29, 2012

Siapa aku tanpaNya

Hari Jumaat malam yg lepas, aku berkesempatan pegi satu ceramah yg dianjurkan oleh AJK2 Kamsis. Menarik tajuknya.. Siapa aku tanpaNya.. Disampaikan oleh Ustazah Nik Marini..Kalu tak slh aku lah.. Terlupa pulak namanya. Tapi apa yg disampaikan, harap2 aku tak lupa smpai bila2 dan jadikan pegangan hidup aku. InsyaAllah.. Antara menarik yg dismpaikan adalah peringatan betapa jauhnya kita sbnrnya dr Allah S.W.T. Betapa kita tak kenal pencipta kita krn kita masih lagi alpa dan melakukan perkara yg dilarangNya. Bila kita jauh dariNya, kita buat perkara2 yg dilarangNya, mcmana kita nak kenal pada Nya. YaAllah..rasa sgt2 kerdil waktu tu sbb aku pun masih byk sgt silap yg aku buat samada sengaja atau tak.. Huhu. Satu perkara yg disebut ustazah tu ialah mengenai darjat seorang wanita. Memandangkan ceramah pd malam tu dihadiri oleh semua penghuni perempuan je..ustazah ada menyebut supaya semua wanita menjaga batas aurat seperti yg disyariatkan. Ustazah minta semua mencari sndiri apa batas2 aurat yg sebenar2nya. Sbb kata usatazah tu lg..ilmu yg susah dicari lebih melekat dlm hati berbanding ilmu yg mudah diperolehi. Berbekas jugak dlm hati ni sbb aku pun masih byk kekurangannya dlm menjaga aurat ni. Huhuhu.. Antara lain yg sgt menarik hati aku bila ustazah kata dia bukanlah ibu atau bukanlah hendak menjadi ibu pada semua tp dia adalah seorang ibu pada 4orang anak perempuannya, mlm tu dia bawak anak2nya bersama..so dia menyeru pd anak2nya utk menjaga maruah, aurat wanita sbb katanya jugak..3 orang anak perempuan yg solehah boleh menjadi pendinding api neraka buat ibu mereka. Terharu dan tersentuh sgt bila dia menyeru anak2 nya utk bantunya di akhirat nnt. YaAllah.. aku doa moga aku ditetapkan hati dan dikuatkan iman supaya aku boleh juga bantu mak nnt. Dan aku jugak berdoa sgt2 moga anak perempuanku ini jd anak yg solehah supaya dia pun boleh bantu aku nnt. InsyaAllah.. mudah-mudahan.. aaaminnnn

Hari berlalu dgn cepat!

Terasa seperti masa sgt2 cepat berlalu sekarang ni.. Sibuk dgn kerja dan membesarkan anak daraku tercinta ni..tak terasa masa yg berlalu.. Alhamdulillah..leesya dh pun 7bulan setengah dah.. Alhamdulillah..membesar dgn sihat..;)) Dah semakin banyak pe'el nya.. Bersyukur diberi peluang olehNya utk mempunyai anak dan membesarkan anak sndiri. Aleesya Dania ni dah pun pantas bergolek2, belum pandai merangkak lagi. Tp bila diletakkan dlm walker, dh boleh menolak ke belakang.. wpun belum pandai duduk dgn stabil, tp dh boleh la sikit2 smbil diawasi oleh mama dan abahnya ni. Gigi dh pun panjang.. dah ada 4batang di atas dan 2 batang di bawah. Sakit tau digigitnya bila menyusu.. huhu. Semakin besar, kulitnya semakin sensitif especially bila makan mknn tertentu mcm susu formula, nestum, kentang.. Mesti jd tompok2 merah di sekitar mulut, atau bhgian yg terkena/tertumpah makanan yg dimakan tu.. Mulut pun dh pot pet pot pet..cakap apa pun taktau lah. Hehehe..lagi2 bila dia dh sgt mengantuk, dia akan jd galak..gelak2, membebel2 dan akhirnya akan menangis menjerit2 shinggalah tido.. Susah sgguh nak tidokan dia sejak2 dh besar ni.. mcm2 cara mama dan abah buat.. Kalu time abah ada, abah lah yg dodoikan.. Lega mama. Bila time abah takde..huuuuu..meraung mama nak tidokan leesya. Tapi walau apa pun cbrn dan kesusahan masa nak besarkan leesya ni.. mama sanggup sgt nak hadapinya sbb kepuasan dan kemanisannya sangat tak terhingga bila mama tgk leesya membesar dgn sihat dan ceria.. ;)) Cuma skrg satu je masalah yg mama cuba nak atasi.. leesya masih susah nak mkn.. almost 8months dah ni.. takmau mkn lagi..

Thursday, January 5, 2012

Doa Sebagai Senjata

Senjata orang Mukmin adalah pada doanya. Betul3x.. Saaaaaaaaaangat setuju. Hebat betul kuasa sesuatu doa. Jika kita berdoa pada Allah S.W.T. Kita memohon padaNya, merayu, merintih dan mengadu dengan sepenuh hati padaNya..sesungguhnya Allah sangat suka hambaNya mengadu2 padaNya..insyaAllah..doa kita akan dimakbulkan. Tetapi jika belum dimakbulkan bukanlah bermakna Allah tak sayangkan kita cuma Dia Maha Mengetahui apa yg lebih baik buat kita dan telah diaturkan perjalanan hidup yang lebih cantik, yang mungkin kita tak nampak sekarang.. Tetiba terlintas nak buat entri ni sbb ada antara cth doa yg alhamdulillah dimakbulkan adalah masa pregnant dulu, aku selalu berdoa mohon dikurniakan doktor atau nurse2 perempuan sahaja yg uruskan proses bersalin aku. Alhamdulillah..syukur pada Allah..doa aku diperkenankan. Semua yg menguruskan proses bersalin aku adalah perempuan. Yang penting yakin dan berserah pada Nya. Cuma doa aku dan suamiku nak tggal bersama je belum tercapai. Tapi walau apa pun aku takkan putus asa berdoa dan yakin pada Nya.. InsyaAllah....satu hari nanti InsyaAllah.. akan ada jalan utk kami sekeluarga.. ;))

Friday, December 16, 2011

Leesya's Tooth Chart

Ini lah namanya carta gigi.. Ada kaitan ye di antara gigi dan organ dalaman kita dan juga emosi samada negatif ataupun positif. Meh kita check apa kaitan gigi leesya yg baru tumbuh tu dgn organ dan emosinya..

Memandangkan Leesya dh tumbuh gigi no. 25, 24, 8 & 9.. Kita tgk yg empat ni dulu la ye.. Kalu nak list smua mcm panjang sgt kan.. Kalu nak tau..buleh check di SINI ye..

Ini kaitannya ye..copy paste saja dr page tersebut.. heeee

Ini untuk gigi yang di bawah ye..

24 - First Incisor (bottom right)

ORGANS
Left Kidney
Bladder
Urogenital

EMOTIONS

Positive

Acceptance
Intimacy
Order

Negative

Inflexibility
Anger
Emotional Outbursts

25 - First Incisor (bottom right)

ORGANS
Right Kidney
Bladder
Urogenital

EMOTIONS

Positive

Clarity
Acceptance
Survival

Negative

Disrespect
Stubbornness
Sexual Problems


Ini utk gigi yg di atas ye..

8 - First Incisor (top right)

ORGANS
Right Kidney
Bladder
Urogenital

EMOTIONS

Positive

Clarity
Acceptance
Survival

Negative

Disrespect
Emotional Outbursts
Stubbornness

9 - First Incisor (top left)

ORGANS
Left Kidney
Bladder
Urogenital

EMOTIONS

Positive

Acceptance
Intimacy
Order

Negative

Inflexibility
Ego Problems
Survival Fear

6 bulan dah...

Alhamdulillah.. Aleesya dah pun 6 bulan.. Sgt bahagia dpt tgk perkembangan tumbesarannya wpun kdg2 sikit mencabar dan menguji kesabaran. Di usianya 6bulan ni, terhibur sgt dgn keletah2 nya. Murah dgn senyuman, mudah senyum bila dipanggil nama atau bila ada yg rajin bersembang dgn dia. Skrg pun dah pandai menyanyi2..tp dlm bahasa baby la kan.. hehe. Rajin sgt meniarap dan terlentang..bergolek2 di tgh2 ruang tamu. Ada teknik tido yg baru..tido menonggek..mcm tgh sujud. Kelakar sgt tgk.. Alhamdulillah..cukup 6 bulan exclusive breastfeed.. Dah ada 2btg gigi di bawah dan dh nampak 2 batang lg nak tumbuh bhagian atas pulak. Dah mula belajar makan solid food jugak. Skrg baru belajar2 makan bubur nasi kosong. Syukur sgt pada Allah S.W.T sbb beri peluang utk aku tgk Leesya membesar, sihat dan ceria. Moga aku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk menjaga, mendidik dan melihat anakku membesar.


**baru je menjengah usia 28tahun pada 12/12/2011 aritu..Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..sgt2 bersyukur..moga aku tidak alpa dan lalai dalam mengingati Mu..**

Wednesday, December 14, 2011

~aksi penyebab jatuh katil~

nak meniarap

then terlentang...

meniarap balik...

terlentang lg..tergolek da...

ni apa kes ni...heheheh..tgk tv smbil pose cmni

Ni la antara pic yg sempat disnap antara aksi2 yg selalu leesya buat.. agaknya ni la penyebab dia jatuh katil smlm.. kalu atas lantai takpela..ni atas katil..

Jatuh Katil!

Huuuuuuu..Leesya jatuh katil! Dlm dok beringat & berhati2 jugak ni..semalam leesya jatuh katil.. Mmg sejak dh masuk 6bulan ni leesya rajin sgt bergolek2 dgn cara dia terlentang n meniarap ni.. terhantuk kepala atas lantai tu mmg slalu dah la.. keluasan toto tu tak cukup utk dia explore kan..sbb tu la smpai terhantuk atas lantai.. So..mmg beringat la bila letak dia ats katil kan.. Kebiasaannya mmg akan kepong leesya ni dgn bantal2 di sekeliling utk nak avoid dia dr syok sgt meniarap n terlentang smpai jatuh kan.. Tp nak dijadikan & ditakdirkan la..mlm smlm dia terjaga dr tido nak menyusu.. After bf dia, slalunya mmg dia akan tido smula la.. Terlupa la pulak mamanya ni nak letak bantal tepi katil tu.. Niat di hati nak keluar bilik sat ja..nak mengepam.. Baru mula projek pam ni..terdengar la bunyi sesuatu yg terhantuk atas lantai..dh terlintas benda buruk dh time tu..rupanya mmg betul pun..menjerit kuat la leesya jatuh terlentang atas lantai marmar tu. Bunyi td bunyi kepala dia terhantuk atas lantai la.. Gelabah n panik aku.. Cabut corong pam tu tanpa tutup suis, terkejut punya psl.. Terus angkat, dukung leesya n cuba pujuk bg dia berenti nangis..smbil2 gosok kepala dia.. Then..bila leesya dh senyap..aku raba2 kepala dia nak cari kot2 ada bengkak or mana2 area yg dia sakit. Alhamdulillah..nmpk mcm takde n dia pun okay, takde muntah apa.. Cuma dia saaaaaaaaangat susah nk tido smula & tak nyenyak..agaknya fobia ke apa taktau la.. Tp mmg dia sgt kerap bangun, merengek dan nak susu saje... Moral of the story..takuuuuuuuuuuuut & serik lg dah nak tido atas katil..bermula smlm n selepas2 ni, kitorg berdua akan tido atas toto je kat bwh.. Huuuuuuuu..

***rasa guilty gak la..mcm mama yg careless..huuuu***

Saturday, December 3, 2011

bukan rezki kami lagi...

Ya Allah..sikit rasa kecewa n sedih kerana ianya belum rezki kami lg.. melihatkan kwn2 yg dpt berpindah, sikit rasa cemburu tp cepat2 buang perasaan tu sbb ianya rezeki mereka.. Rezeki mereka lebih cepat dari rezeki kami. Permohonan rayuan aku masih tidak berjaya. Ya Allah.. Kau kuatkan la hatiku, tabahkan lah hatiku. Masih belum ada rezeki aku nak tinggal bersama suami aku. Tapi aku still tak putus harap, masih percaya pada Allah S.W.T.. jika ada rezki aku..insyaAllah..Semoga berjaya ya kwn2 ku di tempat baru.. ;)

Tuesday, November 29, 2011

tumbuh gigi di usia 5bulan ++


Wahhhhh..overexcited mama bila tau leesya dh tumbuh gigi dh.. rajin la menggigit pasni.. cedera parah mama nnt. hehe. Mula2 aritu nampak sebatang je..tp baru2 ni dh nampak lg sebatang.. kedua2nya di bahgian bawah. neves mama nk tggu gigi atas pulak yg tumbuh. Org kata..kalu tumbuh gigi dulu, lmbt la nak buleh berjln kan..tp hope leesya cepat2 jugak boleh berjln ye..tak sbr nak main kejar2. boleh kurus.. hehehe.. ;))

Kejadian & Hikmah

Setiap pagi pergi n balik antar aleesya ke schoolnya, sempat la aku dok layan hotchat di hotfm. Kebetulan pulak pg td topiknya sgt menarik hati.. Bersembang psl cara lamaran yg romantik. Terus teringat masa2 bujang dulu.. Walaupun cara melamar en hasbenku tu takla romantik mana pun, tp sikit sebanyak ianya jd satu kenangan manis. Aku terpkir kalu la aku tak terima lamarannya dulu, apa akan jd pada life aku skrg.. Allah itu Maha Adil kan.. Dia dh aturkan perjalanan hidup hambaNya dengan secantik2nya.. Walaupun ada liku2 dan cabarannya tp di akhir nanti ada jugak indahnya. Kalu dikenang2 n dipikir2 balik..setiap yg berlaku dulu baru aku nampak hikmahnya skrg. Syukur sgt2. Mungkin apa yg aku alami skrg ni, dok berjauhan dari en hasben, walaupun sedih, rasa berat nak tanggung tapi mungkin jauh ke depan ada hikmah yg sgt besar buat kami. InsyaAllah.. Itu je penawar buat hatiku setiap kali rasa sedih ditinggalkan. Perjalanan hidup yg telah ditentukanNya adalah yg terbaik buat setiap hambaNya. Moga aku, en hasben dan aleesya dpt tinggal bersama satu hari nanti. InsyaAllah....

Thursday, November 17, 2011

menginjak usia 5 bulan

Di saat usianya 5 bulan............

  • Berat baru mencecah 5.65kg
  • Pandai meniarap & terlentang dah..
  • Dah meniarap, boleh berpusing dah...mula angkat2 punggung dh..
  • Kata cikgu leesya, dia dh pandai pegang botol susu sndiri dh
  • Suka membebel..apa yg dibebel pun taktau la..hehe
  • Pandai tunjuk emosi, kalu tgh mood baik..senyum walau diagah sikit pun..tp kalu mood tak baik..masam je mukanya..kalu lagi tak baik moodnya, suka menengking..garangnya anak mama ni.
Tak sabar menanti nak tgk perkembangannya peringkat demi peringkat..tak sabar jugak nak introduce solid food pd aleesya.. 1month to go.. ;))

Monday, November 7, 2011

~aidiladha 2011~

aleesya dgn baju raya hajinya

Salam Aidiladha 2011..

Alhamdulillah..dipanjangkan usia shingga ke hari ni, dpt lg menyambut Aidiladha bersama family tersyg.. Walaupun tahun ni tak dpt pulang beraya di Kedah, Alhamdulillah..masih dpt menyambut bersama keluarga mentua di Bentong.. Raya di Bentong tidakla semeriah di Kedah..Takde sesi mengunjung umh sedara, takde duit2 raya..tp walau mcmana pun, dpt berkumpul bersama ipar2 dan biras2 serta anak2 sedara dh cukup gembira.. Tahun ni jugak kali pertama smbut raya korban bersama aleesya, tp memndgkan leesya masih kecil, tak dpt la nak bawak dia sama2 tgk lembu2 yg dikorban..Kalau tahun lepas, dptla merasa betapa meriahnya sesi menyembelih lembu dan melapah daging, tahun ni juz dok umh jaga anak.. hehehe.. :) Tahun ni hnya leesya sorg je yg dpt baju baru..mama n abah pakai je baju2 yg ada..takde persiapan lgsung utk mama n abah.. InsyaAllah, moga tahun depan dipnjgkan umur n berjumpa lagi dgn aidiladha.. moga tahun depan juga dimurahkan rezki utk sama2 join korban..;))

Wednesday, October 12, 2011

Happy 4th months baby Aleesya

Aleesya dah genap 4 bulan. Alhamdulillah..shingga ke saat ini Aleesya masih sihat dan ceria.. syukur ya Allah.. Semoga anakku sentiasa sihat dan membesar sbagai anak yang solehah.. Aaaaminnn... Di saat umurnya dh msuk 4bulan ni dh mcm2 dh yg dia pndai..

--> dia dh pndai keluarkan berbuih2 air liur, meleleh2..bila kita lap, suka pulak dia...patutla rambut mama luruh smpaikan tpksa potong pendek..
--> dah mula cuba mengiring badannya tp masih berat lg..masih belum boleh meniarap..takpe, cuba lagi sayang...
--> dah kedengaran ketawa mengekek2 dah...comel sangat..;))
--> mulut bisingnya....turun genetik mama ye..
--> suka sgt pegang2 kaki sndiri..
--> pndai sgt tgk babytv..suka smpaikan mama terpksa langgan rm5 bulan2
--> senyum bila mama sembang2..senyum sambil kecikkan mata..

Mama can't wait to see u grow up sayang...;))

Saturday, October 1, 2011

wajah kesayangan hamba





Ini lah dua permata hati saya..sangat sayangkan mereka berdua.. Mohon pada Allah moga dipanjangkan usia untuk menjaga kedua-dua permata hati saya ni.. Mahu buat yg terbaik buat mereka..

Abang, love you so much!

Mama sayang Aleesya sgt2!

Wednesday, September 28, 2011

my bf journey


Saya budak baru belajar. Target dan niat nak fully bf anak sy selama mungkin.. Utk jgka masa terdekat, targetnya biarla berjaya shingga 6bulan..If berjaya dicapai, nk target lebih lama lagi.. Pic atas tu stok bekalan susu buah hati sy.. Tiap2 jari mengepam utk stok susu keesokan harinya.. Susu saya tak la semeriah ibu2 lain.. tp ALHAMDULILLAH..bersyukur sgt hingga ke saat ini masih dpt fully bf.. Ada la stok sikit2.. moga sy lebih berdisiplin n rajin utk teruskan mengepam. Sesungguhnya anak mama berhak utk mendapat susu mama. ;)


Ini lah buah hati sy yg masih mendapat haknya shgga hari ni.. Alhamdulillah..syukur sgt.. InsyaAllah, mama akan cuba sebaik mungkin memberikan yg terbaik buat anak mama selagi termampu. Smuanya rezki dariNya. Moga2 dipermudahkan urusan mama menyusukan anak mama ini sehingga sepatutnya. Doa moga Aleesya membesar dgn sihat dan jadi anak yg solehah buat mama dan abah.

**post ini hanyalah sebagai penguat dan pembakar semangat diri utk teruskan journey ini shgga ke penghujungnya..supaya tak lagi malas2 nak mengepam..;))

Friday, September 23, 2011

New Routine!

New routine yg sgt penat tp menyeronokkan! Baru 2minggu aku kembali bekerja, sambil menguruskan Aleesya sorg diri, dah mula rasa letih tp sgt membahagiakan. Seronoknya ada anak dan dpt uruskan anak setiap hari. Kalu dulu hnya pkirkan diri sndiri, kdg2 skip dinner sbb malas mkn plus boleh diet jugak. Skrg dah tak boleh tau...sbb aleesya depends on susu mamanya.. Susu hanya terhasil dari zat dan nutrient yg cukup dr apa yg dimakan oleh ibunya..So..no more diet2 okay..hehehe.. Takde lagi dah aktiviti beriadah di ptg hari, takde lg aktiviti lepak2 kedai mamak dgn rakan sebaya...smuanya dh diganti dgn aktiviti2 baru bersama anak..heheh.. Aktivitiku bermula seawal pagi...

Sekarang
Around 6-6.30a.m--> dah bangun dah..siap2 mandi n solat (sementara aleesya tido)
Dolu2
Kdg2 6.45a.m--> baru nak bangun solat..mandi tggu dululah..7.15 pun sempat lg..hehe

Sekarang
7.00-7.30a.m--> siap2kan susu aleesya masuk dlm cooler bag..cukup bekalan anak mama smpai ptg..;))
Dolu2
7.30a.m--> baru nk pkir nk bfast apa ye.. boleh bfast smbil tgk MHI.

Sekarang
7.45a.m--> Yey! Aleesya bngun je terus angkat bawak masuk kereta..(brg2 dh angkut dulu dah...kalu tak, tak ckup tgn nak bawak)
Dolu2
7.45a.m--> pegi panas enjin kereta dulu lah..smbil2 tu buang sampah dulu lah..

Sekarang
8.00a.m--> baru smpai school aleesya la...bye2 aleesya..duduk baik2, jgn nakal k..mmuaahhh
Dolu2
8.00a.m--> masuk opis..bukak pc or laptop..buatla apa2 yg ptut..;p

Sekarang
10a.m, 1p.m, 4p.m--> mari membuat stok susu utk anak terchenta ni..utk bekal esok gi school
Dolu2
Kerja2+lunch with kwn2..

Sekarang
4.45p.m--> bergegas berdesup dgn laju gi amik anak terchenta..hehe
Dolu2
5.00p.m--> sesi beramah mesra dgn rakan sebaya di opis before balik..hehe

Sekarang
5.30p.m--> dah smpai rumah dah..main2 dgn anak, bukak babytv..
Dolu2
Around 6-6.30p.m--> baruuu la smpai umah dari opis..shebok saja..

Sekarang
7.00p.m--> aleesya dah tido..mula aktiviti membasuh botol2 susunya, kemas2 bajunya utk gi school esok hari pulak..buat stok susu baru utk bekalan hari seterusnya..;))
Dolu2
7.30p.m--> baru dah mandi, solat smua, lepak tgk tv saja

Sekarang
10.00p.m--> jom tido, nnt mlm nak bangun byk kali susukan aleesya pulak
Dolu2
11.00-12.00a.m--> baru nak tido..before tido calling2 husbnd dulu lah..nite2

Seharian penuh dgn tugas sbgai seorg ibu..sepanjang masa pkirkan tentang anak..kalu weekend pun lg sibuk memandangkan nak jaga anak, nak layan suami, nak buat kerja rumah, nak masak lg;) tp walau apa pun yg penting sgt best n berbaloi.. Moga Aleesya membesar dgn kuat, sihat dan menjadi anak yg solehah buat mama n abah..;))

Monday, September 12, 2011

Alhamdulillah..anakku dh 3 bulan dh..



Alhamdulillah..syukur pada Allah..anak mama dah masuk 3 bulan dah.. Alhamdulillah tidak terhingga sehingga ke hari ni masih ada lagi susu ibu buat anak mama..masih ada rezeki buat anak mama.. Moga dapat diteruskan lagi sehingga 2 tahun..insyaAllah..;))

Sekarang ni anak mama ni semakin pandai..semakin boleh menyesuaikan diri dgn dunia luar ye..

***dah pandai bezakan siang dan mlm..tido malam lebih lama..
***pandai senyum dah jika diagah..
***pandai merajuk..nangis smpai sedu2 if ada je yg tak kena
***selalu makan tangan smpaikan basah2 pipi tu..
***dh suka tgk tv..huhuhu..(ni kalu boleh mama taknak ajar)
***suka buat mcm2 bunyi..jerit2 suka, mengeluh, jerit2 marah masa nangis..
***berat dah 4.9kg, tinggi dah 58cm..alhamdulillah
***Alhamdulillah..tak demam pas cucuk 3 bulan

Esok mama dh mula kerja..mama terpaksa tggalkan leesya dgn pengasuh..moga tak meragam ye.. ;))

Tuesday, August 23, 2011

Alhamdulillah..2bulan dah

2 bulan
Dah pandai macam2 dah...
Banyak ragam jugak..pening kepala mama n ummi
Susah jugak nak senyum walau diagah..
Kaki & tangan takleh dok diam
Sebelum tido suka bising2 dulu bcakap & gosok2 muka
Dah kuat jerit bila nak nangis...aduuuuiiii..sakit telinga mama, kuat betul suaranya
Suka paksa2 diri nak menangis smpai terbatuk2
Suka keluarkan air liur dah...(abis luruh rambut mama pasni)
Ya Allah, Kau lindungilah anakku, panjangkanlah umurnya, jadikanlah dia anak yang solehah..Amiiiinn...


Sunday, August 7, 2011

Susah nak percaya!

Susah rasa nak percaya diri sndiri dh ada tggungjawab baru.. dah pun ada anak.. Life pun semakin sibuk mnguruskan anak.. masa pun dh tak sedar cepat sgt berlalu.. Beberapa hari lg Aleesya dh masuk 2bulan.. Cepat sgt dia membesar..Rasa mcm baru je lg bertarung nak mlahirkannya kt dlm labor room Hospital Jitra tu.. Skrg ni dh baaaaaaaaaaanyak sgt kerenahnya.. Tambah pulak dgn kuat meragam n manja... Asyik nak dipangku, dipeluk, didodoikan.. Cmna la mama nak tggal awk kt pengasuh ni.. huuuu.. So far, Alhamdulillah..masih bf aleesya.. masih berjuang n bertekad nak teruskan selama mungkin..InsyaAllah sehingga umurnya 2tahun.. Cuti masih ada sebulan lebih lg.. Masih ada masa nak fokus pada Aleesya. Doa moga Aleesya jd anak mama abah yg solehah..;)

Monday, June 27, 2011

melahirkan cinta hati kami

Smbil2 menyusukan Aleesya, netbook dh terbuka depan mata, so.. mari berkongsi pengalaman melahirkan cinta hati kami yg pertama ni.. Pengalaman yg tak mungkin dilupakan..

Jumaat 10/6/2011

Bangun pagi je dh terperasan ada lendir yg byk kat panties..tp buat tak kisah lg sbb antara tanda2 nak bersalin mesti ada lendir+darah kan.. Dahla dr smlm merajuk dgn Mr. feruz.. so, saja off hp tanda protes kan.. (Buruknya perangai..huuuu) dh keluar gi pasar tani dgn mak, jalan2 kat psr tani, beli2 brg, balik rumah je, masuk tandas, terperasan ada lagi lendir jernih tu.. Emm..terus terpkir..ni tanda2 nya dah ke.. hati berdebar2 dah.. terus on hp, msg Mr. Feruz.. tak kisah la merajuk2 tu..yg pnting kena inform dia cepat2..incase apa2 leh la dia balik cepat kan..

Saya: Macam dah ada tanda
Abg: Tanda apa?
Saya: Macam dah ada lendir jernih mcm putih telur tu..
Abg: Nak abg balik awl ke?
Saya: (tetiba jd cool pulak, walhal td cuak nak mampus..) Emm..takyah la..tak sakit apa pun lg..

Dalam hati berdoa supaya baby tggu abahnya sebelum keluar kan..nnt malam kul 8.15 Mr feruz akan naik bas dari Puduraya n turun di Alor Setar, so dijangka akan smpai dlm kul 3pagi cmtu.. InsyaAllah..sempat rasanya baby tggu. Lgpun lepas ada lendir tu smpai ke malamnya, takde rasa sakit apa pun lg.. Malamnya takleh la pulak tido, biasa la rasa tak selesa sana sini..Lgpun tak sbr menunggu Mr. feruz smpai..

Sabtu 11/6/2011

Pukul 3 lebih cmtu pegi dgn mak amik mr. feruz kat stesen bas..Hati sgt gembira sbb dh ada husbnd di sisi. Okay baby, boleh keluar dah.. heheh.. dlm pukul 4 pagi cmtu dh smpai rumah, so get ready nak smbung tido la memndgkan mlmnya tak dpt tido.. tp dh mula rasa mcm sakit2 perut smpai ke pinggang.. Eh, contraction ke ni? berdebar2 dh..tp still buleh tahan lagi.. Smpai ke cerah rasanya mcm tido2 ayam je sbb sakit tu dh makin kerap. Tp buleh tahan lagi la.. And hari ni adalah our 1st anniversary..sgt suka..rncg2nya nak celebrate tghari nnt.. Pagi2 tu lg mr Feruz dh bg hadiah anniversary sbb katanya takut nnt tak sempat nak bg, kot2 japlagi dh bersalin. heheh..Rasa berslh pulak memndgkan aku tak sempat nk bli apa2 hadiah utk dia.. huhuhu.. So, pg tu kitorg bgun awl gi bfast dulu, sbb rncgnya nak gi hspital check sbb rasa sakit tu makin kuat. Pstu balik umah jap, kemas2 brg sket kot2 kena masuk hsptal kan.. Dlm kul 11 pagi cmtu sakit tu makin terasa, terus Mr. feruz ajak gi hspital, check bukaan.. Smpai je hspital jitra, terus gi wad bersalin, masuk bilik pemeriksaan, check bukaan. Berdebar gak sbb org kata check bukaan ni sakit.. Alhamdulillah, takde rasa apa pulak.. check punya check, rupanya takde bukaan lagi.. tp nurse kata mmg dh ada cntraction tp weak je la.. Maka, kami pun balikla dulu. Smpat la gi beli milo ais mesin tu.. dan sempat jugakla kitorg gi beli pizza utk celebrate anniversary kitorg yg pertama ni.. Tp aku juz tggu dlm kereta menahan rasa sakit yg dtg 10 min sekali ni.. Balik je umah, sempat la makan 2keping pizza tp kejap2 berenti sbb sakit makin kuat.. Solat zuhur n asar pun rasa nak cepat2 sbb sakit ni makin kerap.. Bila dh malam, aku tgk sakit ni makin kuat n kerap..dlm 10min dh 3 kali rasa cntraction ni.. Sempat dinner wpun takde selera, sbb memkirkan kalu perlu bersalin mlm ni, perlu la ada tenaga kan.. Sakit makin kuat smpaikan nangis2 dh pegang Mr. feruz. Pstu terus aku decide nak gi hspital malam tu gak sbb sakitnya yaAllah..tak tahan rasa.. So, siap2 nak solat Isya' dulu before pegi hspital.. Tak sempat nak solat Isya' pun, dah ada lendir+darah! terus bgtau mr. feruz, n kami semua kelamkabut nk gi hspital mlm tu gak.. neves2.. Smpai je hspital, check bukaan, rupa2nya dh 7cm! Wah..terus kena masuk LR. Masuk je LR, terus rasa sakit tu hilang.. Masa masuk tu dlm pukul 9.45mlm.. tggu punya tggu, sakit makin kuat..dlm kul 12 cmtu terus ckp kat nurse, mcm dh tak tahan dh.. okay, bukaan dh cukup 10cm.. boleh mula meneran.. Alamak! takde rasa nak push pun..cmna nak push ni.. hmpir sejam cuba meneran tp tak berjaya..dh mcm2 nurse tolong tp still tak pndai nak push..so diorg suh pggil mr. feruz masuk.. berhempas pulas la berpeluh2, ada kata2 semangat dari mr. feruz, dr nurse semua...tp mcm tak berjaya jugak..

Ahad 12 /6/2011

Setelah ramai nurse2 dtg menolong, menekan2 perut aku supaya baby turun ke bwh n kepalanya keluar, akhirnya Alhamdulillah......tepat jam 1.42 pagi.keluarla Aleesya dania dgn berat 2.75kg.. kecik je tp susah betul nak keluar..Tp Alhamdulillah..baby mdgr kata sbb dia keluar masa abahnya ada n dia keluar sehari bfore due n 2 jam selepas hari anniversary mama n abahnya..;)